KUALA LUMPUR: Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalani latihan sebagai pegawai kadet di KD Sultan Idris, Lumut.
Abdul Muiz Ramli, 31, yang kini bekerja sebagai jurutera kualiti sebuah syarikat swasta berkata apabila si mati (Soosaimanicckam), tidak dapat melengkapkan latihan yang diberikan, mendiang kerap diasingkan oleh jurulatih bertugas.
"Saya rasa si mati memang di target pegawai-pegawai. Saya dengar mereka gelak-gelak apabila memantau Soosamanickam melakukan latihan-latihan yang diberikan.
"Apabila Soosamanickam diasingkan, dia akan diarah untuk menjalani latihan seperti push up dan star jump di bawah pengawasan leftenan muda," katanya ketika membacakan pernyataan saksinya, dalam kes saman difailkan S. Joseph selaku plaintif terhadap 11 individu, antaranya kapten dan pegawai TLDM, Panglima TLDM, Majlis Angkatan Tentera Malaysia, Menteri Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.
Semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Persekutuan (FC) Abdul Hakim Abdul Karim, saksi plaintif ketujuh itu berkata mengenai si mati menjadi sasaran pegawai-pegawai, adalah berdasarkan anggapannya dan bukannya fakta.
Abdul Hakim : Merujuk kepada pernyataan saksi Encik Muiz, mengenai di-target itu. Saya katakan jawapan ini hanya pandangan atau anggapan Encik Muiz.
Abdul Muiz: Kalau ikut di-target itu adalah pandangan saya.
Abdul Hakim: Encik Muiz ada nyatakan 'Saya dengar mereka gelak-gelak' itu adalah pandangan atau fakta dan Abdul Muiz menjawab: Itu fakta.
Saksi berkata Soosamanickam selalu dikelilingi tiga hingga empat Leftenan Muda, manakala pelatih lain hanya ada seorang sahaja pegawai yang memantau.
"Saya turut perasan bahawa lebih banyak Leftenan Muda yang mengawasi Soosaimanicckam berbanding pelatih-pelatih lain," katanya.
Abdul Muiz berkata beliau turut menjalankan latihan bersama-sama Soosamanickam, berikutan mereka ditempatkan dalam bahagian sama sejak mendaftar pada 12 Mei 2018.
Menerusi saman difailkan pada 19 Mei 2021, Joseph iaitu bapa mendiang mendakwa kesemua defendan cuai dengan tidak memberikan rawatan kecemasan sewaktu mangsa rebah pada hari kejadian, selain cuai untuk memantau kesejahteraan serta kesihatan Soosaimanicckam ketika sesi latihan.
Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Soosaimanicckam, yang merupakan Pegawai Kadet Graduan, disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut pada 19 Mei 2018 dan Mahkamah Koroner Ipoh pada 2023 memberikan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematiannya.
Koroner Ainul Shahrin Mohamad juga memutuskan punca kematian Soosaimanicckam adalah disebabkan edema pulmonari.
Perbicaraan di hadapan Hakim Idah Ismail bersambung 26 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Bekas pegawai kadet TLDM memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalani latihan sebagai pegawai kadet di KD Sultan Idris, Lumut. - Gambar hiasan

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.

Polis sedia siasat kes buli di UPNM jika masih ada - Ketua Polis KL
PDRM sentiasa bersedia menerima laporan daripada mana-mana pihak termasuk mangsa, keluarga atau daripada pihak UPNM sendiri.

Kes buli UPNM: Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.

Pegawai kadet TLDM jadi 'target' pegawai semasa latihan
Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalan

Pegawai kadet TLDM ditampar berkali-kali sebelum meninggal dunia - Saksi
Bekas pegawai kadet TLDM memberitahu Mahkamah Sesyen, dia melihat seorang pegawai duduk di atas perut mendiang J. Soosaimanicckam dan menamparnya berkali-kali, sehari sebelum mangsa meninggal dunia.

20 saksi pembelaan selesai bagi keterangan kes bunuh Zulfarhan
Kesemua 20 saksi pembelaan dalam perbicaraan kes membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain telah selesai memberi keterangan.

Ada seseorang suruh saya tumbuk Zulfarhan - Saksi
Saksi itu bagaimanapun berkata dia tidak pasti siapa individu yang menyuruhnya bertindak sedemikian.

Siasat secara adil kes kematian J Soosaimanicckam - Mohamad Sabu
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu turut memberi jaminan siasatan kes itu akan dijalankan secara bebas dan adil.

Saksi dedah tulis dua surat layang beritahu Zulfarhan Osman didera
Muhammad Aiman Aufa berkata dia telah menulis surat tersebut setelah melihat pegawai kadet laut itu terbaring dengan seluruh badannya menggelembung dipenuhi tompok kehitaman dan darah pada kulitnya.