KUALA LUMPUR: Kesemua 20 saksi pembelaan dalam perbicaraan kes membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain telah selesai memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini.
Mereka ialah 18 tertuduh yang juga penuntut UPNM manakala dua lagi saksi ialah Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Rohayu Shahar Adnan dan penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni merupakan saksi pembelaan terakhir yang ke-20 selesai memberikan keterangan pada Selasa lepas (30 Mac).
Pada prosiding perbicaraan kes itu Selasa lalu (30 April), Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil saksi pendakwaan ke-30 iaitu pegawai perubatan di sebuah klinik swasta, Dr Harniza Kosnan bagi menyangkal dakwaan Dr Rahayu kemungkinan Zulfarhan mempunyai
masalah kesihatan.
Dr Harniza ketika membacakan penyataan saksinya hari ini berkata keputusan kesihatan Zulfarhan semasa kemasukannya ke universiti itu adalah FE (Fit Everywhere) atau lulus untuk menjalani latihan ketenteraan di UPNM.
Beliau berkata kali terakhir Zulfarhan menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut adalah semasa kemasukan Zulfarhan sebagai pelatih tentera UPNM pada tahun 2014.
“Status FE diberikan apabila seseorang pelatih itu telah menjalani pemeriksaan zikal secara menyeluruh dan didapati tiada sebarang penyakit atau kecacatan,” katanya ketika memberi keterangan pada prosiding bela diri 18 pelajar UPNM terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.
Beliau berkata sepanjang Zulfarhan menuntut di UPNM dia (Zulfarhan) tidak pernah hadir ke pusat kesihatan universiti itu mengadu kesukaran atau kesesakan nafas, sakit jantung, atau apa-apa penyakit lain.
Dr Harniza yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai perubatan di UPNM dari tahun 2013 hingga 2018 berkata Zulfarhan pernah hadir ke pusat kesihatan UPNM sebanyak empat kali kerana mengalami demam dan sakit lutut kiri.
Ketika pemeriksaan utama Joy Jothi mengenai status FE, Dr Harniza berkata ia diberikan setelah seseorang pelatih menjalani pemeriksaan fizikal secara menyeluruh dan didapati tiada sebarang penyakit atau kecacatan.
Joy Jothi: Dr, apakah yang dimaksudkan dengan Fit?
Dr Harniza: Setiap kali kemasukan, pelatih kena buat pemeriksaan kesihatan, Fit bermaksud tahap kesihatan secara keseluruhan dari atas hingga bawah adalah normal.
Joy Jothi: Apakah status Zulfarhan?
Harniza: FE (Fit Everywhere), secara keseluruhannya kesihatannya lulus untuk menjalani keseluruhan latihan atau bentuk aktiviti ketenteraan di UPNM.
Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan Muhammad Azamuddin Mad So, Dr Harniza bersetuju bahawa beliau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang autopsi (bedah siasat) dan patologi.
Dr Harniza juga bersetuju bahawa keterangan mengenai tahap kesihatan Zulfarhan adalah berdasarkan rekod di UPNM semata-mata.
Pada 31 Julai 2019, Hakim Datuk Azman Abdullah, memerintahkan 18 penuntut UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.
Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad So, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Af Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei, 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga menghadapi pertuduhan mencederakan mangsa.
Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi 21 Mei, 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung minggu depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 01 2021

Kesemua 20 saksi pembelaan dalam perbicaraan kes membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain telah selesai memberi keterangan. - Gambar fail

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.

Suspek kes bunuh Nurshamira didakwa
Zalzul Kamar Abdul Ghani mengaku faham pertuduhan dikemukakan pihak pendakwaan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Ahli perniagaan didakwa bunuh isteri
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Sungai Long, dekat sini, minggu lepas.

Kes bunuh penyanyi: Bedah siasat temui 14 kesan tikaman, termasuk 5 di dada
Polis mengesahkan terdapat 14 kesan tikaman, termasuk satu yang menembusi pembuluh darah utama, pada mayat penyanyi sambilan yang dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di Melaka.

7 lelaki didakwa bunuh, tanam rakan dalam kolah
Seorang lelaki tempatan dan enam warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan membunuh dan menanam rakan sekerja di dalam kolah Januari lalu.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari
Seorang lelaki direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur Khamis lepas.

Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan
Suspek pembunuhan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu, telah ditangkap awal pagi Sabtu.

Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh
Mayat mangsa yang dibunuh ditutup dengan kain cadar lalu dimasukkan ke dalam kolah di dalam bilik air sebelum ditimbus dengan tanah di sebuah rumah.

Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.

Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.