KUALA LUMPUR: Seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa ada seseorang menyuruhnya menumbuk pegawai kadet laut Zulfarhan Osman Zulkarnain semasa mangsa berada di dalam biliknya di blok penginapan Asrama Jebat, universiti berkenaan.
Muhammad Alif Farhan Aerosni, 25, yang merupakan saksi pembelaan ke-20 itu bagaimanapun berkata dia tidak pasti siapa individu yang menyuruhnya bertindak sedemikian dalam kejadian pada 2.05 pagi, 22 Mei 2017.
"Saya sampai di bilik (saya) 04-10 masa itu bilik gelap, semua orang tengah duduk di tempat duduk mereka. Mereka tanya saya nak buat apa, saya jawab nak ambil telefon bimbit di atas katil, kemudian ada seseorang menyuruh saya menumbuk arwah (Zulfarhan) dahulu, saya kemudian tepuk bahu dia (Zulfarhan).
"Selepas mengambil telefon bimbit dan menepuk bahu arwah, saya kemudian keluar dari bilik itu dan seterusnya ke bilik 04-11," katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam Datuk Ranjit Singh Dhillon yang mewakili tertuduh ketiga, Muhammad Najib Mohd Razi pada prosiding bela diri 18 pelajar UPNM terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.
Bilik 04-10 adalah bilik yang Zulfarhan Osman didakwa dipukul dan ditekap seterika wap.
Ditanya Ranjit Singh, apa yang Muhammad Najib sedang lakukan semasa saksi pergi ke bilik 04-10, Muhammad Alif Farhan memberitahu Muhammad Najib yang juga rakan sebiliknya sedang tidur.
Ranjit Singh: Adakah Muhammad Najib bersama dengan awak ketika awak pergi ke bilik 04-11?
"Muhammad Najib tidak bersama saya, namun dia (Muhammad Najib) datang ke bilik 04-11 beberapa minit kemudian. Kami terpaksa pergi ke bilik 04-11 untuk mengulang kaji (pelajaran) kerana ada ujian Sains Sukan," jawab Muhammad Alif Farhan yang turut memaklumkan dia mengenali arwah (Zulfarhan).
Disoal peguam mengenai keadaan di bilik 04-10, saksi tersebut berkata semasa dia berada di bilik itu, keadaan bilik suram, kurang cahaya dan ada ramai kadet yang lain namun pada masa yang sama dia tidak mendengar atau melihat kadet-kadet terbabit menyoal arwah (Zulfarhan).
Ditanya peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakil tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, sama ada saksi nampak anak guamnya itu melakukan sesuatu di bilik 04-10, saksi itu menjawab dia tidak nampak Muhammad Akmal Zuhairi berbuat apa-apa.
Sementara itu, semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi, adakah saksi bersetuju individu yang menyuruhnya menumbuk Zulfarhan adalah tertuduh keenam, Abdoul Hakeem Mohd Ali, saksi menjawab: "Tidak setuju".
Joy Jothi: Awak pasti bukan dia (Abdoul Hakeem)?
Muhammad Alif Farhan: Bukan, sebab lepas ‘training’ (latihan), suara masing-masing serak.
Muhammad Alif Farhan juga tidak bersetuju dengan cadangan Joy Jothi bahawa keterangannya tidak sepenuhnya benar dan hanya untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang telah dituduh.
Mengenai cadangan Joy Jothi, adakah ketika kejadian keadaan Zulfarhan berikat (tangan), tidak berbaju dan memakai seluar pendek, saksi menjawab: "Saya tidak bersetuju kerana ketika kejadian Zulfarhan tengah berdiri, tidak memakai baju, tangan tidak berikat, namun yang memakai seluar pendek saya tidak ingat.”
Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 penuntut UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman.
Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mod So, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.
Mereka yang dituduh melakukan perbuatan itu di bilik 04-10, blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK), manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan, juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Mereka yang dituduh melakukan perbuatan itu di bilik 03-05, blok penginapan Asrama Jebat antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi 21 Mei 2017, didakwa mengikut Seksyen 330 KK dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung Khamis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 30 2021

Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 penuntut UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman. - Gambar fail

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh
Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.

Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.

Perbicaraan hari pertama kes abai Zayn Rayyan bermula hari ini
Seramai 15 saksi akan hadir memberi keterangan terhadap Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.

Arul Kanda mengaku tidak bertindak terhadap laporan negatif mengenai 1MDB
Pengakuan itu dibuat ketika pemeriksaan balas oleh peguam 1MDB berkaitan AS$700 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Good Star Limited.

'Becoming Hannah' ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, bukan buku agama - Dr Kamarul Zaman
Kamarul Zaman disoal peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah pada perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Belia dan Sukan itu terhadapnya.

Arul Kanda beritahu mahkamah, beliau tidak meminta penjelasan penamatan dua juruaudit 1MDB
Arul Kanda menjelaskan, beliau tidak menanyakan mengenai perkara tersebut kerana beliau hanya menyertai dana kekayaan negara itu, pada 2015.

Yoon Suk Yeol tidak hadir di mahkamah untuk pendakwaan
Presiden tidak hadir kerana usaha pihak berkuasa untuk menahannya menghalang beliau daripada menyampaikan pendirian dalam perbicaraan.

Presiden Yoon akan hadir perbicaraan jika didakwa atau waran tangkap dikeluarkan
Kenyataan itu dibuat oleh seorang daripada peguam Yoon, Yun Gap-keun, ketika presiden yang didakwa itu berdepan percubaan kedua untuk ditahan.

Presiden Yoon akan beri keterangan semasa perbicaraan - Peguam
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol merancang untuk memberi keterangan semasa perbicaraan kesnya di Mahkamah Perlembagaan.