KUALA LUMPUR: Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa mulut mendiang J. Soosaimanicckam berbuih, tapak tangan berdarah dan badannya lebam sebelum mangsa meninggal dunia.
Christian Bernard Unto, 31, yang kini bekerja sebagai eksekutif kanan sebuah syarikat swasta, berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pegawai berpangkat leftenan muda dikenali sebagai R. Rashwin meminta beliau membuka baju si mati semasa berada dalam tandas.
"Pada waktu itu, saya sedang bersiap-siap untuk pergi makan tengah hari dan apabila tiba di sana, saya melihat Soosaimanicckam tidak respons, tapak tangannya berdarah, mulut berbuih dan dia terberak dalam bilik mandi.
"Walaupun dia tidak memberi respons, dia masih boleh berjalan ke (biliknya), dia kemudian duduk di katil... dia macam nak pengsan tetapi saya cuba bangunkan dia dan lap mulutnya yang berbuih.
"Saya tampar dia supaya dia respons tetapi dia tidak respons. Kemudian saya memanggil Rashwin untuk segera membawa mangsa ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut dan semasa angkat mendiang di lobi (kolej kediaman), dia (Soosaimanicckam) meninggal dunia," katanya yang turut memaklumkan bahawa beliau tidak ke HAT bersama mangsa.
Saksi plaintif keempat itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam Latheefa Koya yang mewakili S. Joseph selaku plaintif dalam saman beliau terhadap 11 individu antaranya kapten dan pegawai TLDM, Panglima TLDM, Majlis Angkatan Tentera Malaysia, Menteri Pertananan dan Kerajaan Malaysia.
Semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Kanan Persekutuan Nur Ezdiani Roleb, saksi itu tidak bersetuju bahawa keterangan yang menyatakan beliau melihat si mati dalam keadaan penat hanyalah dakwaannya.
Saksi plaintif kelima yang juga bekas pegawai kadet TLDM Sammy Danielle Anak Sitibun, 37, pula memaklumkan mahkamah bahawa Soosaimanicckam diberi latihan dua kali ganda dan diasingkan sekiranya tidak dapat membuat latihan kadet.
Menjawab soalan seorang lagi peguam plaintif iaitu Zaid Malek mengenai reaksi pegawai apabila Soosaimanicckam tidak boleh membuat latihan kadet, saksi itu yang kini bekerja di kedai buku berkata pegawai berkenaan marah malah menengking mangsa supaya menyelesaikan latihan tersebut.
Zaid Malek: Dia diberikan latihan dua kali ganda, macam mana Encik Sammy boleh sahkan?
Sammy Danielle: Sebab saya boleh dengar pegawai jerit... tak boleh buat sepuluh kali, buat 20 kali.
Menerusi saman yang difailkan pada 19 Mei 2021, Joseph iaitu bapa mendiang mendakwa kesemua defendan cuai dengan tidak memberikan rawatan kecemasan sewaktu mangsa rebah pada hari kejadian selain cuai untuk memantau kesejahteraan serta kesihatan Soosaimanicckam ketika sesi latihan.
Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Soosaimanicckam, yang merupakan Pegawai Kadet Graduan, disahkan meninggal dunia di HAT Lumut pada 19 Mei 2018 dan Mahkamah Koroner Ipoh pada 2023 memberikan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematiannya.
Koroner Ainul Shahrin Mohamad juga memutuskan punca kematian Soosaimanicckam adalah disebabkan edema pulmonari.
Perbicaraan di hadapan Hakim Idah Ismail bersambung 13 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024

Saksi plaintif kelima yang juga bekas pegawai kadet TLDM Sammy Danielle Anak Sitibun, 37, pula memaklumkan mahkamah bahawa Soosaimanicckam diberi latihan dua kali ganda. - Gambar hiasan

Pemaparan harga ubat bukan bertujuan kawal harga, beri akses maklumat kepada pengguna - Armizan
Perintah pemaparan harga ubat di klinik dan hospital swasta berkuat kuasa 1 Mei depan bukan bertujuan mengawal harga ubat.

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Mulut pegawai kadet TLDM berbuih, tapak tangan berdarah sebelum meninggal dunia - Saksi
"Walaupun dia tidak memberi respons, dia masih boleh berjalan ke biliknya, dia kemudian duduk di katil..."