SHAH ALAM: Pulau Perak di Yan, Kedah lokasi baharu yang menjadi sebagai rujukan Takwim 2022 bagi menghitung analisis data kedudukan bulan Islam yang akan menentukan bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijah.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhamad Zakuwan Rodzali berkata, lokasi pulau itu dipilih kerana ia bertepatan dengan kebolehan penampakan hilal semasa.
Jelas beliau, perkara itu juga sudah mendapat perkenan daripada Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
“Suatu ketika dahulu tiada penyelarasan antara negeri-negeri dalam bab sambutan Awal Muharram, Ramadan dan Syawal.
“Pada 1968 kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) untuk tujuan penyelarasan.
“Pada 1983 juga pernah berlaku beberapa negeri yang memulakan sambutan awal puasa yang tidak selaras dengan negeri lain,” katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian pada majlis Bulan Falak Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan.
Majlis penutup program yang dijalankan secara dalam talian itu disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Dalam pada itu, Muhamad Zakuwan berkata, Malaysia telah menggunakan beberapa jenis kaedah penyediaan takwim iaitu Takwim Istilahi sebelum 1969, Takwim Hijrah Hakiki digunakan sehingga tahun 1991, Takwim Ijtimak Wajudul Hilal pada 1992 sehingga 1994 serta Takwim Imkanur-rukyah bermula 1995 sehingga kini.
Tambahnya, hampir 30 tahun penggunaan Takwim Imkanur-rukyah digunakan oleh hampir seluruh negara setelah diputuskan oleh resolusi Istanbul dengan beberapa syarat.
“Antara syarat-syaratnya adalah kriteria Imkanur-rukyah Malaysia 1970, muktamar bagi menentukan permulaan bulan-bulan Islam di Istanbul pada 27 November hingga 30 November 1978, Kriteria imkanur-rukyah Malaysia 1983, Kriteria Imkanur-Rukyah Malaysia 1991 dan Kriteria Imkanur-Rukyah Majlis Agama Antara Negara (MABIMS) 2021.
“Pelaksanaan takwim memerlukan piawaian yang boleh digunakan oleh semua pihak kerana ia berdasarkan kajian, analisis dan catatan yang telah direkodkan,”ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 07 2021
![Pulau Perak lokasi baharu rujukan Takwim 2022 Pulau Perak lokasi baharu rujukan Takwim 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631058355_TBPULAUYAN.jpg)
Muhamad Zakuwan (kiri) ketika majlis penutup program Bulan Falak Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan secara dalam talian. -Foto Sinar Harian
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![TLDM patahkan cubaan empat bot nelayan asing ceroboh perairan Pulau Perak TLDM patahkan cubaan empat bot nelayan asing ceroboh perairan Pulau Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648574426_TBBOTNELAYAN.jpg)
TLDM patahkan cubaan empat bot nelayan asing ceroboh perairan Pulau Perak
Kapal KD Teguh Samudera yang digerakkan ke lokasi terbabit mengusir semua nelayan itu kembali ke perairan Indonesia.
![Pulau Perak lokasi baharu rujukan Takwim 2022 Pulau Perak lokasi baharu rujukan Takwim 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631058355_TBPULAUYAN.jpg)
Pulau Perak lokasi baharu rujukan Takwim 2022
Lokasi pulau itu dipilih kerana ia bertepatan dengan kebolehan penampakan hilal semasa.
![Tiga bot nelayan asing diusir berhampiran Pulau Perak - TLDM Tiga bot nelayan asing diusir berhampiran Pulau Perak - TLDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61604986522_NelayanIndonesia.jpg)
Tiga bot nelayan asing diusir berhampiran Pulau Perak - TLDM
Tiga bot nelayan Indonesia berjaya diusir Kapal Tentera Laut Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah selepas memasuki perairan negara di 26 batu nautika selatan berhampiran Pulau Perak.
![Pencarian anggota tentera hilang dipergiat sebaik ada petanda baharu Pencarian anggota tentera hilang dipergiat sebaik ada petanda baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61565925508_TBMATSABU.jpg)
Pencarian anggota tentera hilang dipergiat sebaik ada petanda baharu
Usaha mencari dan menyelamat dua anggota tentera Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4RRD) berasal dari Sarawak yang hilang di Pulau Perak, Kedah sejak 20 Julai akan dipergiatkan.
![Tentera Darat teruskan usaha cari anggota tentera hilang di Pulau Perak Tentera Darat teruskan usaha cari anggota tentera hilang di Pulau Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61565925508_TBMATSABU.jpg)
Tentera Darat teruskan usaha cari anggota tentera hilang di Pulau Perak
Mohamad menjelaskan, meskipun terdapat permintaan dari keluarga mangsa agar operasi pencarian di laut dijalankan semula, ia bergantung kepada wujudnya tanda baharu bagi membolehkan ia dijalankan.
![Operasi mencari dua anggota tentera diperhebat Operasi mencari dua anggota tentera diperhebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563783210_TBPULAUPERAKjpg.jpg)
Operasi mencari dua anggota tentera diperhebat
Usaha mencari dan mengesan dua anggota tentera dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4RRD) dilaporkan hilang ketika melaksanakan tugas operasi di Pulau Perak, Kedah semenjak Jumaaat.
![Jenazah Koperal Mohd Faizol selamat dikebumikan Jenazah Koperal Mohd Faizol selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41475813819_MohdFaizolRosliS.jpg)
Jenazah Koperal Mohd Faizol selamat dikebumikan
Jenazah dikebumikan pada 1.20 pagi selepas selesai solat jenazah di kediaman arwah di Kampung Keda Kemangi, Kupang.
![Mayat koperal tentera dijumpai dekat Pulau Perak Mayat koperal tentera dijumpai dekat Pulau Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71468289827_Bodies.jpg)
Mayat koperal tentera dijumpai dekat Pulau Perak
Mayat Mohd Faizol dijumpai Paskal kira-kira 30 meter dari Pulau Perak ketika mereka sedang membuat rondaan.
![Tentera hilang dalam laut di Pulau Perak Tentera hilang dalam laut di Pulau Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41475553015_PulauPerak.jpg)
Tentera hilang dalam laut di Pulau Perak
Menurut kenyataan Markas Tentera Darat, kedua-dua anggota tersebut dilaporkan terjatuh ke dalam laut sekitar jam 4.40 petang Isnin.
![Helikopter Nuri mendarat cemas di Pulau Perak, dekat Kedah Helikopter Nuri mendarat cemas di Pulau Perak, dekat Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/61387801391_295x200.jpg)
Helikopter Nuri mendarat cemas di Pulau Perak, dekat Kedah
Helikopter Nuri Tentera Diraja Malaysia melakukan pendaratan cemas di Pulau Perak setelah mengalami masalah teknikal.