Usaha mencari dan menyelamat dua anggota tentera Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4RRD) berasal dari Sarawak yang hilang di Pulau Perak, Kedah sejak 20 Julai akan dipergiatkan sebaik sahaja memperoleh petanda baharu.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata pada masa ini Tentera Darat masih lagi meneruskan usaha mengesan dua anggota tentera tersebut namun pada masa sama mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berhubung pencarian anggota yang hilang.
Dua anggota tentera tersebut ialah Koperal David Edmund Rapi dan Lans Koperal Moses Logers yang berpangkalan di Kem Bukit Cowder, dikesan hilang ketika bertugas di kawasan operasi Op Pejarak di Pulau Perak, Kedah, 20 Julai lalu.
"Kami telah bertemu dengan ahli keluarga mereka (dua anggota tentera yang hilang itu) dan mereka merayu (bagi meneruskan usaha SAR). Kami masih lagi meneruskan pencarian. Kalau ada petanda baharu kami akan pergiatkan lagi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas upacara penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) di Kem Rascom di sini pada Ahad.
Seramai 156 penerima PJM dan 44 penerima PKN menerima pingat daripada Menteri Pertahanan.
PJM dan PKN merupakan pingat kempen yang diwujudkan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan mereka kepada negara.
Pemberian pingat tersebut adalah bagi menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh anggota tentera khususnya yang bertugas semasa darurat dan mempertahankan negara semasa Operasi Daulat di Lahad Datu pada tahun 2013 bagi membanteras pencerobohan bersenjata dari selatan Filipina.
Mohamad Sabu turut berkata kementeriannya telah mengemukakan tuntutan atau referendum kepada kerajaan bahawa penerima PJM di seluruh negara perlu diberikan elaun.
"Perkara ini sedang dibincangkan di peringkat Kementerian Kewangan dan kami akan terus berusaha sehingga ia berjaya. Soal jumlah banyak mana akan diberikan itu adalah perkara kedua. Apa yang penting ialah penghargaan kepada mereka perlu ada. Ini yang kementerian sedang usahakan sekarang," jelasnya.
Sementara itu beliau berkata pada tahun ini kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM79,684,000 bagi pemberian Bantuan Harapan Negara (BHN) kepada 159,368 penerima dalam kalangan veteran ATM berpencen dan tidak berpencen bagi kategori kumpulan B40.
Pembayaran telah dimulakan sejak 27 Mei lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 18 2019

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata pada masa ini Tentera Darat masih lagi meneruskan usaha mengesan dua anggota tentera tersebut. Foto: Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pencarian anggota tentera hilang dipergiat sebaik ada petanda baharu
Usaha mencari dan menyelamat dua anggota tentera Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4RRD) berasal dari Sarawak yang hilang di Pulau Perak, Kedah sejak 20 Julai akan dipergiatkan.