AMPANG: PU Azman yang lebih dikenali sebagai Cik Man, didakwa kali ketiga atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu.
Azman, 41, atau nama sebenar, Azman Syah Alias mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.
Mengikut pertuduhan, Azman yang hadir di mahkamah dengan memakai kurta biru, didakwa melakukan kesalahan itu dalam bilik sebuah resort di Hulu Langat di sini, pada waktu tengah hari, 22 Julai lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak- kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim tidak menawarkan ikat jamin kepada tertuduh.
"Namun sekiranya mahkamah mahu mengguna pakai budi bicara untuk memberikan ikat jamin, pendakwaan mencadangkan ia ditetapkan pada kadar tinggi dengan mengambil kira pertuduhan tersebut adalah serius.
"Mangsa dalam kes ini merupakan seorang kanak-kanak apatah lagi ia menarik perhatian umum ekoran status tertuduh, maka saya juga berharap dia dikenakan syarat tambahan iaitu tidak ganggu saksi," katanya.
Bagaimanapun, peguam, Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya diberikan ikat jamin.
Menurutnya, Azman telah dituduh berhubung kes sama dan Mahkamah Klang telah membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM24,000 manakala RM40,000 di Mahkamah Seremban.
“Saya dengan rendah diri memohon, jaminan paling minimum diberikan dan tidak keberatan sekiranya syarat tambahan dikenakan terhadap Azman," katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Norhazani membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis sebulan sekali.
Dia juga dilarang untuk mendekati mangsa dan saksi serta pasport diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 Februari 2023 untuk sebutan semula kes.
Pada 7 Disember lalu, dia didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Klang, atas empat pertuduhan melakukan amang, komunikasi seksual dan kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki berusia 17 dan 19 tahun, pada Februari hingga Ogos lalu.
Sementara di Mahkamah Sesyen Seremban, dia dituduh pada 12 Oktober, atas lima kes melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki berusia 17 tahun, Februari dan Julai lalu.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Dec 21 2022
![PU Azman didakwa kes seksual kali ketiga PU Azman didakwa kes seksual kali ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671600848_PUAzmandidakwak.jpg)
PU Azman yang lebih dikenali sebagai Cik Man, didakwa kali ketiga atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini. - Gambar SINAR HARIAN
Individu 'Narsisistik' perlu dihindari agar hidup tenteram
Individu yang mempunyai penyakit gangguan personaliti narsisistik (NPD) atau sifat mengagumi diri sendiri secara berlebihan, perlu dihindari agar tidak menimbulkan stres dan gangguan emosi.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
Faisal Halim sudah mula turun padang jalani sesi latihan
Pemain sayap Selangor, Faisal Halim, dikhabarkan sudah sudah mula turun ke padang untuk menjalani latihan sejak Rabu.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
Lebih 25 tahun menjadi venue rasmi pasukan Selangor, Stadium Shah Alam telah menyimpan pelbagai kenangan dan nostalgia tersendiri kepada pemain serta peminat sukan di negeri ini.
UMNO Kelantan hantar 3 nama calon DUN Nenggiri
Badan perhubungan UMNO Kelantan akan menghantar 3 nama calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri, DUN N43 Nenggiri bulan depan
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
![Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720156473_DhabitahSabri.jpg)
Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah
Beliau perlu sekurang-kurangnya setahun dalam usaha meningkatkan darjah kesukaran baharu bagi acara 3m papan anjal individu wanita.
![Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720156151_Paris.jpg)
Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media
Sebanyak 16,000 katil kadbod akan digunakan di Perkampungan Sukan Saint-Denis and Chateauroux dan di Perkampungan Media Dugny.
![Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Buruh bakal bentuk kerajaan, Starmer PM baharu?
Pengundian telah berakhir dan Parti Buruh Britain diunjurkan memenangi pilihan raya umum United Kingdom (UK) dengan kemenangan besar, sekaligus menukar senario politik di UK.
Penyokong anggap kemenangan buruh berita sangat hebat
Sementara itu, kumpulan penyokong Parti Buruh Britain gembira dengan laporan yang menyebut parti konservartif kalah teruk dalam pilihan raya yang diadakan
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
![Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024 Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720154151_tbKeirStarmerlead.jpg)
Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024
Menepati ramalan, parti pembangkang, Parti Buruh Berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain pada Jumaat.
![Amang seksual remaja lelaki 17 tahun, PU Azman diperintah bela diri Amang seksual remaja lelaki 17 tahun, PU Azman diperintah bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671690987_PUAzman.jpg)
Amang seksual remaja lelaki 17 tahun, PU Azman diperintah bela diri
PU Azman diperintah membela diri atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, tahun lepas.
![Kes amang seksual PU Azman: Mangsa beri keterangan secara tertutup Kes amang seksual PU Azman: Mangsa beri keterangan secara tertutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702626909_TBPUAzmanjpg.jpg)
Kes amang seksual PU Azman: Mangsa beri keterangan secara tertutup
Prosiding perbicaraan kes amang seksual fizikal terhadap remaja membabitkan Pencetus Ummah (PU), Azman Syah Alias dijalankan secara tertutup di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat.
![Kes PU Azman: Firdaus Wong dakwa wujud perbuatan liwat Kes PU Azman: Firdaus Wong dakwa wujud perbuatan liwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690444186_PUAzman.jpg)
Kes PU Azman: Firdaus Wong dakwa wujud perbuatan liwat
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa wujud perbuatan liwat dalam kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias dengan dua mangsa di rumahnya di Sendayan pada Ogos lalu.
![PU Azman: Keberanian Firdaus Wong, faktor penceramah Isfadiah minta bantuan PU Azman: Keberanian Firdaus Wong, faktor penceramah Isfadiah minta bantuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690363335_PUAzman.jpg)
PU Azman: Keberanian Firdaus Wong, faktor penceramah Isfadiah minta bantuan
PU Azman: Keberanian Firdaus Wong, faktor penceramah Isfadiah minta bantuan
![Saksi dakwa PU Azman buat oral seks terhadap anak murid Saksi dakwa PU Azman buat oral seks terhadap anak murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690362092_TBPUAzman.jpg)
Saksi dakwa PU Azman buat oral seks terhadap anak murid
Saksi ketujuh perbicaraan hari ketiga kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias memberitahu mahkamah bahawa tertuduh pernah melakukan seks oral terhadap mangsa.
![Ibu dakwa anak dicabul PU Azman cara 'pegang-pegang' Ibu dakwa anak dicabul PU Azman cara 'pegang-pegang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690281188_PUAzman.jpg)
Ibu dakwa anak dicabul PU Azman cara 'pegang-pegang'
Perbicaraan kes amang seksual PU Azman diteruskan dengan keterangan daripada ibu salah seorang lagi mangsa yang mendakwa anaknya turut dicabul tertuduh dengan cara 'pegang-pegang'.
![Kes PU Azman: Ibu mangsa dakwa anak diminta lumur minyak pada kemaluan Kes PU Azman: Ibu mangsa dakwa anak diminta lumur minyak pada kemaluan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690195317_TBPUAzman.jpg)
Kes PU Azman: Ibu mangsa dakwa anak diminta lumur minyak pada kemaluan
Ibu mangsa mendakwa PU Azman telah meminta anak lelakinya melumur minyak pada bahagian kemaluan remaja berkenaan.
![Kes PU Azman: 'Saya tak percaya ustaz lakukan perbuatan itu' - Bapa mangsa Kes PU Azman: 'Saya tak percaya ustaz lakukan perbuatan itu' - Bapa mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690190670_TBPUAzman.jpg)
Kes PU Azman: 'Saya tak percaya ustaz lakukan perbuatan itu' - Bapa mangsa
Bapa kepada salah seorang mangsa melibatkan PU Azman tidak percaya tertuduh yang merupakan seorang ustaz boleh melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.
![Amang seksual: Mahkamah Seremban tetapkan 24 hingga 28 Julai perbicaraan kes PU Azman Amang seksual: Mahkamah Seremban tetapkan 24 hingga 28 Julai perbicaraan kes PU Azman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671690987_PUAzman.jpg)
Amang seksual: Mahkamah Seremban tetapkan 24 hingga 28 Julai perbicaraan kes PU Azman
Mahkamah menetapkan 24 hingga 28 Julai ini sebagai tarikh perbicaraan bagi lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki yang membabitkan pendakwah selebriti, PU Azman.
![Amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki: PU Azman didakwa lagi Amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki: PU Azman didakwa lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671690987_PUAzman.jpg)
Amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki: PU Azman didakwa lagi
PU Azman yang sebelum ini didakwa atas 10 pertuduhan berkaitan seksual, didakwa di Mahkamah Shah Alam hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja.