PUTRAJAYA: Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau merupakan tokoh terkemuka dalam bidang Ekonomi Islam, Perbankan Islam, Maqasid Syariah dan Pemikiran Islam dan keilmuan beliau diiktiraf sebagai rujukan utama pelbagai institusi kewangan dan perbankan Islam dalam lapangan antarabangsa termasuk institusi kewangan di Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata sebagai pemimpin utama Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Ali Al-Qaradaghi berperanan besar dalam mengarusperdanakan pemikiran kesederhaan dalam Islam terutama aspek Maqasid Syariah dan Islam dan Kenegaraan.
"Kehadiran Sheikh Ali Al-Qaradaghi ke Malaysia akan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengadaptasi pendekatan Maqasid Syariah dalam pentadbiran dan pemerintahan," katanya.
Sepanjang lawatan rasmi selama lapan hari Sheikh Ali Al-Qaradaghi, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyusun pelbagai program antaranya Global MADANI Forum Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Konvensyen Akidah Ahli Sunah Wal Jamaah Peringkat Wilayah Persekutuan dan Sesi Pertemuan bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Menurut Mohd Na'im, pihaknya yakin lawatan rasmi berkenaan akan membawa manfaat kepada keharmonian serta perpaduan masyarakat dan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024

Mohd Na'im berkata sebagai pemimpin utama Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Ali Al-Qaradaghi berperanan besar dalam mengarusperdanakan pemikiran kesederhaan dalam Islam terutama aspek Maqasid Syariah dan Islam dan Kenegaraan.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Cip AI disekat AS: Malaysia nilai sama ada undang-undang telah dilanggar
MITI menegaskan bahawa Malaysia tetap teguh menentang mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengelak kawalan eksport atau terlibat dalam aktiviti perdagangan haram.

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.

Permukiman SOCA berlangsung di Desaru, Johor hari ini
Mesyuarat SOCA beri tumpuan kepada pengesahan Strategi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) yang dijadualkan untuk diterima pakai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada Mei 2025.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

UEM Sunrise dan firma Singapura, GuocoLand laksana pembangunan dengan GDV RM45 bilion di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad buat julung kalinya menjalinkan kerjasama strategik dengan kumpulan hartanah ternama dari Singapura, GuocoLand Limited bagi membangunkan bersama bank tanah terpilih.

Pola cuaca buruk akan beri tekanan kepada pengeluaran makanan Malaysia - Mohamad Sabu
Perubahan iklim semakin mengancam keterjaminan makanan Malaysia, dengan corak cuaca tidak menentu dan peningkatan suhu global menjejaskan sektor pertanian.

Bilik kebal 'hari kiamat': Malaysia sumbang benih padi, terung dan kacang panjang
Malaysia berjaya menempatkan benih warisan dan varieti tradisional di Svalbard Global Seed Vault (SGSV) yang terletak di Pulau Longyearbyen, Norway.