SEREMBAN: Mahkamah Sesyen Seremban hari ini menetapkan 24 hingga 28 Julai ini sebagai tarikh perbicaraan bagi lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki yang membabitkan pendakwah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias.
Hakim, Datin Surita Budin menetapkan tarikh itu selepas pihak peguam memohon tarikh awal berikutan tertuduh turut mempunyai kes di Mahkamah Klang, Shah Alam dan Ampang.
Peguam yang mewakili PU Azman iaitu Mohamad Zahid Ahmad memberitahu, pihaknya membuat keputusan untuk mengemukakan representasi setelah menerima dokumen kes-kes di mahkamah lain yang membabitkan pengadu dan mangsa sama.
Katanya, ianya bagi mengenal pasti sama ada kes di semua mahkamah terlibat mempunyai kaitan atau tidak.
Hakim Datin Surita kemudian menetapkan 25 Mei ini untuk keputusan representasi.
Beliau berkata, seramai 12 orang saksi pendakwaan akan dipanggil bagi memberi keterangan yang terdiri daripada doktor, ibu bapa, mangsa dan pegawai penyiasat.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan PU Azman pada Oktober lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual ke atas dua remaja lelaki bawah umur, pada Februari dan Julai lalu.
Mengikut tiga pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa.
Selain itu dia turut tidak mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan lain berhubung kesalahan jenayah seksual di Mahkamah Ampang, Klang dan Shah Alam.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jan 31 2023
PU Azman pada Oktober lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual ke atas dua remaja lelaki bawah umur, pada Februari dan Julai lalu. - Fail/BERNAMA
Skor Indeks Kesihatan Mental Belia tahap sederhana
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dedahkan skor Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 mencatatkan tahap sederhana.
#AWANIRingkas 5 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 November 2024
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
Projek atasi banjir RM316 juta di Sarawak sedang dilaksana
PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini melaksanakan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak di bawah RMK12 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM316 juta.
AWANI Ringkas: Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin enam warga Malaysia
Mahkamah Narathiwat menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman pada Isnin kerana disyaki memiliki dadah.
PM Anwar sifatkan Malaysia-China sebagai 'sahabat yang hebat'
Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
AWANI Borneo [5/11/2024] – PRN Sabah | Di seluruh negara | Mesra rakyat
Awani Borneo Selasa, 5 November 2024 bersama Assim Hassan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
Pegawai SPRM didakwa salah guna wang sitaan berjumlah RM613,000
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta dengan curang.
RUU tahanan rumah, KDN beri penjelasan Khamis ini
KDN akan memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu hukuman tahanan di rumah pada Khamis ini di Dewan Rakyat.
Kertas siasatan kes buli pegawai kadet UPNM diserah kepada AGC hari ini
Menurut polis, kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) petang ini untuk tindakan lanjut.
Kakitangan universiti didakwa amang seksual anak tiri
Seorang kakitangan universiti didakwa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan, lima tahun lalu.
Pemandu e-hailing didakwa lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya berusia 11 tahun 10 bulan.
Amang seksual: Guru tuisyen kena penjara enam tahun, tiga sebatan
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang guru tuisyen dipenjara enam tahun dan disebat tiga kali kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, empat tahun lepas.
Pengawal keselamatan didakwa rogol, amang seksual anak kandung
Seorang pengawal keselamatan didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya berumur 15 tahun.
Amang seksual: Bapa tiri dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh yang berusia 27 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Lelaki ada kaitan dengan GISB didakwa lakukan amang seksual kanak-kanak
Tertuduh didawak melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh bahagian kemaluan mangsa.
Tiga ahli GISB didakwa eksploitasi manusia, amang seksual
Tiga ahli yang mempunyai kaitan dengan GISB dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas pertuduhan ekspolitasi dan amang seksual fizikal.
Penjawat awam didakwa lakukan amang seksual terhadap anak angkat
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak angkat perempuannya, tahun lepas.
'Abang Bas' kekal pengakuan tidak bersalah, sebutan semula 11 November
Lelaki berusia 24 tahun itu, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan semula di hadapan Hakim, Sayani Mohd Nor.
Tiga bapa saudara dihukum penjara, sebat lakukan amang seksual, rogol anak saudara
Ketiga-tiga beradik itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan menanggung ibu bapa mereka.