LONDON: Pembangkang, Parti Buruh menepati ramalan apabila berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain 2024 pada Jumaat.

Parti Buruh kini sedang dalam proses untuk memenangi majoriti Parlimen yang besar dalam pilihan raya umum negara itu, menumbangkan pemerintah Konservatif yang berkuasa selama 14 tahun.

Parti Buruh telah melepasi ambang mendebarkan untuk menerajui Britain selepas Perdana Menteri yang sedang bertugas, Rishi Sunak, mengakui kekalahan.

Keir Starmer, pemimpin parti kiri tengah ini akan menjadi perdana menteri negara itu seterusnya mengisytiharkan kemenangan awal pagi ini.

Starmer, kini hampir pasti menjadi perdana menteri dalam beberapa jam akan datang, menggantikan Sunak, yang mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah politik Britain.

UK menjalankan sistem pemerintahan dianggotai 650 ahli Parlimen dan tinjauan keluar ketika ini mengunjurkan Buruh memenangi 410 kerusi, Konservatif (131), Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).

Menurut Starmer, warga Britain kini telah memilih untuk melakukan perubahan dan akan dilakukan bermula sekarang.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi serta memberitahu mereka telah mengubah Britain.