THE HAGUE: Kerajaan baharu Belanda secara rasmi mengangkat sumpah pada Selasa di Istana Huis ten Bosch di sini, lebih 220 hari selepas pilihan raya umum pada November lepas.
Seramai 16 menteri baharu diikuti oleh 13 setiausaha negara mengangkat sumpah pada majlis itu, lapor Xinhua.
Kerajaan baharu dibentuk selepas rundingan intensif antara empat parti gabungan iaitu Party for Freedom (PVV), New Social Contract (NSC), People's Party for Freedom and Democracy (VVD) dan Farmer-Citizen Movement (BBB).
Pemimpin gabungan, termasuk pemimpin PVV Geert Wilders bersetuju bahawa tiada seorang pun daripada mereka akan menjadi perdana menteri.
Dick Schoof, penjawat awam terkemuka Belanda dan disokong oleh semua parti gabungan, dinamakan pada Mei sebagai Perdana Menteri baharu walaupun tidak menjadi ahli mana-mana parti politik.
Satu daripada tugas utama Schoof yang berusia 67 tahun dan kerajaannya adalah untuk membentuk dasar awam berdasarkan perjanjian gabungan.
Seperti yang digariskan dalam perjanjian itu, kerajaan baharu menyasarkan "rejim penerimaan pencari suaka yang paling ketat dan pakej kawalan migrasi paling komprehensif pernah ada".
Selain imigresen, kerajaan baharu Belanda akan memberi tumpuan kepada meningkatkan keselamatan sosial dan kuasa beli isi rumah, menggalakkan pembinaan perumahan dan transformasi tenaga, memajukan pembangunan pertanian untuk memastikan keselamatan makanan dan mengukuhkan keselamatan negara dan kerjasama antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Satu daripada tugas utama Perdana Menteri baharu, Dick Schoof dan kerajaannya adalah untuk membentuk dasar awam berdasarkan perjanjian gabungan. - Foto AP
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kerajaan baharu Belanda angkat sumpah, lebih 220 hari selepas pilihan raya
Kerajaan baharu Belanda secara rasmi mengangkat sumpah pada Selasa, lebih 220 hari selepas pilihan raya umum pada November lepas.