SEREMBAN: Sambungan hari kedua perbicaraan kes amang seksual melibatkan penceramah selebriti, Azman Syah Alias atau dikenali Pencetus Ummah (PU) Azman di Mahkamah Sesyen di sini diteruskan dengan keterangan daripada ibu salah seorang lagi mangsa yang mendakwa anaknya turut dicabul tertuduh dengan cara 'pegang-pegang'.
Wanita berusia 45 tahun itu memberitahu, dia mengetahui perkara berkenaan setelah diceritakan oleh anaknya dalam perbualan di dapur rumah mereka di Klang, Selangor antara 21 Ogos hingga 29 Ogos tahun lalu.
"Dia cuma cakap PU Azman cabul dia pegang-pegang dan bila saya tanya sekali lagi pegang apa, dia hanya kata pegang-pegang.
"Dia tak cakap pegang di mana. Mungkin dia segan cakap dengan mak dia. Dia beritahu kejadian itu berlaku di Sendayan," katanya.
Malah dia yang tampil sebagai saksi kelima turut memberitahu yakin yang anaknya adalah lelaki normal dan tidak songsang.
Kenyataan itu bagi menjawab soalan peguam Fahmi Adilah yang mewakili PU Azman, yang bertanya mengenai perkara terbabit termasuk sama ada mangsa suka kepada lelaki.
"Dia tak suka lelaki. Dia cerita ramai perempuan minat dia. Saya tahu yang dia ini tak suka orang pegang dia, saya sendiri pun tak boleh, dia macam geli," jelasnya.
Wanita itu juga berkata, dia percaya yang anak kedua daripada lima beradik itu tidak menipu telah menjadi mangsa PU Azman.
Dalam pada itu ketika disoal Fahmi adakah dia mengetahui anaknya pernah meminta wang daripada tertuduh.
Dia menjelaskan tidak tahu, namun satu transaksi wang berjumlah RM200 pernah dimasukkan ke dalam akaunnya atas nama PU Azman.
"Anak saya ada minta nombor akaun saya kerana katanya ada duit nak dipulangkan kerana tersalah beli barang.
"Saya hanya tahu yang masukkan duit itu adalah PU Azman selepas inspektor polis beritahu kerana saya tak tahu nama sebenar dia," katanya.
Dalam pada itu, prosiding membabitkan saksi keenam berusia 20 tahun yang merupakan kenalan kepada salah seorang mangsa terpaksa diadakan secara tertutup.
Ini kerana saksi terbabit dilihat seperti kurang selesa ketika memberi keterangan berikutan kehadiran PU Azman dalam kandang tertuduh.
Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh duduk di bahagian belakang (kerusi orang awam) dan dihadang dengan tirai.
Sebelum itu remaja lelaki itu memberitahu, dia turut menjadi mangsa gangguan seksual PU Azman dan mengetahui salah seorang rakannya turut menjadi mangsa.
"Saya yang tanya pada dia (mangsa) sebab dia rapat dengan Cik Man (PU Azman), selepas saya sendiri kena gangguan seksual.
"Kejadian itu berlaku di rumah saya di Klang pada 10 Jun 2022, masa itu ada ibu, adik, saya, dia (mangsa) dan Cik Man," katanya.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi, Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.
Seramai 26 orang saksi dijangka dipanggil sepanjang kes perbicaraan tersebut yang bermula hari ini hingga 28 Julai depan.
Pada 12 Oktober 2022, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.
Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu.
Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 25 2023

PU Azman ditemani peguam ketika hadir di Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa. - Foto Sinar Harian

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan
Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman Syah, 43, atau lebih dikenali sebagai PU Azman itu menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.

PU Azman dihukum penjara 7 tahun, dua sebatan kes amang seksual
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan dibacakan pada prosiding sebutan semula kes.

PU Azman mengaku salah lakukan kelucahan melampau, dipenjara 14 bulan
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki.

Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara
AGC menolak satu daripada dua representasi dikemukakan PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Seremban.

Amang seksual: PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan
Keputusan itu dibuat Hakim Noridah Adam selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Amang seksual remaja lelaki 17 tahun, PU Azman diperintah bela diri
PU Azman diperintah membela diri atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, tahun lepas.

Kes amang seksual PU Azman: Mangsa beri keterangan secara tertutup
Prosiding perbicaraan kes amang seksual fizikal terhadap remaja membabitkan Pencetus Ummah (PU), Azman Syah Alias dijalankan secara tertutup di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat.

Kes PU Azman: Firdaus Wong dakwa wujud perbuatan liwat
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa wujud perbuatan liwat dalam kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias dengan dua mangsa di rumahnya di Sendayan pada Ogos lalu.

PU Azman: Keberanian Firdaus Wong, faktor penceramah Isfadiah minta bantuan
PU Azman: Keberanian Firdaus Wong, faktor penceramah Isfadiah minta bantuan

Saksi dakwa PU Azman buat oral seks terhadap anak murid
Saksi ketujuh perbicaraan hari ketiga kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias memberitahu mahkamah bahawa tertuduh pernah melakukan seks oral terhadap mangsa.