SHAH ALAM: Selepas dituduh di tiga mahkamah berasingan di Seremban, Klang dan Ampang bagi 10 pertuduhan berkaitan jenayah seksual, pendakwah selebriti Azman Syah Alias hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.
Azman Syah, 41, atau lebih dikenali sebagai PU Azman mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di sebuah inap desa di Jalan Kebun, di sini pada September 2017.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali memohon agar tertuduh dikenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan, tertuduh dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan.
Peguam Fahmi Adilah yang mewakili Azman Syah memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama baik sepanjang siasatan kes berlangsung.
"Sebelum ini tertuduh adalah penceramah bebas dan selepas siasatan kes berjalan, anak guam saya tidak lagi dipanggil memberi ceramah yang menyebabkan pendapatannya terjejas.
"Anak guam saya juga telah dituduh di Mahkamah Seremban, Klang dan Ampang atas kes serupa, jaminan dikenakan RM40,000 (Seremban), RM24,000 (Klang) dan RM10,000 (Ampang). Dia terpaksa menggunakan wang simpanan dan meminjam daripada keluarga serta rakan-rakan bagi membayar jaminan tersebut," kata peguam.
Hakim Rasyihah Ghazali kemudian membenarkan Azman Syah diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta tidak mendekati mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Mahkamah juga menetapkan sebutan kes dan serahan dokumen pada 30 Jan depan.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Azman Syah turut mengucapkan terima kasih kepada pemberita yang setia menunggu prosiding kesnya.
"Assalamualaikum, terima kasih kerana menunggu dan doakan saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022

PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada 2017. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan
Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman Syah, 43, atau lebih dikenali sebagai PU Azman itu menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.

PU Azman dihukum penjara 7 tahun, dua sebatan kes amang seksual
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan dibacakan pada prosiding sebutan semula kes.

PU Azman mengaku salah lakukan kelucahan melampau, dipenjara 14 bulan
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki.

Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara
AGC menolak satu daripada dua representasi dikemukakan PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Seremban.

Amang seksual: PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan
Keputusan itu dibuat Hakim Noridah Adam selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Amang seksual remaja lelaki 17 tahun, PU Azman diperintah bela diri
PU Azman diperintah membela diri atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, tahun lepas.

Kes amang seksual PU Azman: Mangsa beri keterangan secara tertutup
Prosiding perbicaraan kes amang seksual fizikal terhadap remaja membabitkan Pencetus Ummah (PU), Azman Syah Alias dijalankan secara tertutup di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat.

Kes PU Azman: Firdaus Wong dakwa wujud perbuatan liwat
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa wujud perbuatan liwat dalam kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias dengan dua mangsa di rumahnya di Sendayan pada Ogos lalu.

PU Azman: Keberanian Firdaus Wong, faktor penceramah Isfadiah minta bantuan
PU Azman: Keberanian Firdaus Wong, faktor penceramah Isfadiah minta bantuan

Saksi dakwa PU Azman buat oral seks terhadap anak murid
Saksi ketujuh perbicaraan hari ketiga kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias memberitahu mahkamah bahawa tertuduh pernah melakukan seks oral terhadap mangsa.