KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melakukan satu semakan penuh berhubung sistem pembayaran pinjaman badan berkenaan.
Pengerusinya Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata ini susulan terdapat kes akaun peminjam PTPTN yang didapati masih aktif biarpun pinjaman sudah dilangsaikan untuk tempoh yang lama.
"Ini merupakan satu kelemahan dalam sistem yang perlu dibaiki. Jadi, saya sudah bercakap dengan Ketua Pegawai Eksekutif untuk menjalankan siasatan segera.
"Setakat yang saya dimaklumkan, kes tersebut telah diselesaikan tetapi kebimbangan saya ialah jangan jadi (berulang) lagi selepas ini. Oleh itu, saya telah mengarahkan satu semakan sepenuhnya diadakan untuk menghalang kelemahan sama berulang," katanya.
Wan Saiful ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan terhadap proses vaksinasi kepada orang ramai di pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti USCI Kampus Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Beliau berkata berkata demikian mengulas isu tular di media sosial membabitkan seorang peminjam PTPTN yang telah lama melangsaikan bayaran pinjamannya, namun dikatakan masih terdapat baki 1 sen yang belum dilangsaikan.
Akibatnya, pemimjan berkemungkinan berdepan tindakan undang-undang kerana tidak membayar hutang yang meningkat sehingga RM515 meliputi jumlah kadar faedah, caj pentadbiran, kos insurans dan caj tertunggak.
Sementara itu, mengenai pelaksanaan moratorium melibatkan pinjaman PTPTN, Wan Saiful berkata masih terdapat ramai dalam kalangan peminjam yang memutus untuk meneruskan pembayaran bulanan mereka, walaupun ditawarkan kemudahan berkenaan.
"Moratorium ini satu kemudahan yang diberi kerajaan kepada peminjam tetapi kalau sekiranya ada yang merasakan dia nak teruskan bayar, kita tidak menghalang," katanya.
Beliau berkata berdasarkan data tiga bulan lepas, PTPTN sepatutnya dapat mengutip sekitar RM200 juta setiap bulan namun semasa moratorium dilaksana masih terdapat pembayaran berjumlah antara RM10 juta hingga RM20 juta setiap bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melakukan satu semakan penuh berhubung sistem pembayaran pinjaman badan berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mengambil maklum terhadap isu kediaman dan empat kenderaan mewahnya yang disita selepas gagal melunaskan hutang berjumlah lebih RM1 juta.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt
Setiap pelajar yang layak akan mendapat RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan politeknik.
Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.
PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'
Susulan sambutan menggalakkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 khas untuk peminjamnya hingga 30 Sept ini.
KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal
Kerjasama strategik itu bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar.
180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.
PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300
Kempen dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini terbuka kepada semua peminjam dengan tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.
PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023
PTPTN melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas.