Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengadakan perbincangan bersama industri automotif, bank perdagangan dan pemaju perumahan dalam usaha membantu pembeli daripada disenarai hitam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata perbincangan dalam tempoh terdekat itu perlu bagi membantu mengurangkan rungutan yang dihadapi oleh peminjam PTPTN kerana gagal untuk membuat pinjaman.
Beliau berkata perbincangan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan itu adalah untuk mendapat pandangan supaya ia tidak memberi kesan negatif kepada peminjam dan sekali gus membantu meringankan beban peminjam.
"Peminjam kita yang namanya disenaraikan dalam CRISS bukan berpunca daripada PTPTN sahaja, tetapi kerana beberapa faktor lain seperti ada nama dari kalangan mereka sudah ada dalam sistem CRISS.
"Keadaan ini berlaku kerana pinjaman mereka telah melebihi daripada kemampuan yang sebenarnya menyebabkan pinjaman mereka tidak diluluskan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Jamuan Rakyat sempena Aidilfitri di Dataran Tampan di sini, hari ini.
Baru-baru ini, beberapa syarikat pengeluar kereta mendakwa jualan mereka terjejas kerana nama pembeli disenarai hitam dalam CCRIS disebabkan gagal membayar balik pinjaman PTPTN.
Rungutan itu disebabkan penjualan kereta terjejas ekoran bank mengetatkan pinjaman kepada pemohon termasuk pemohon yang baru mendapat pekerjaan kerana mereka tidak membayar pinjaman PTPTN.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Lenggong menegaskan bahawa penurunan jualan kereta boleh dipengaruhi oleh berbagai faktor dan bukan daripada PTPTN sahaja.
Beliau berharap menerusi perbincangan itu nanti, satu jalan penyelesaian dapat dicapai bagi membantu rakyat dalam memudahkan urusan mereka mendapat pinjaman untuk membeli kereta dan rumah.
Katanya, pihaknya juga akan menggunakan model yang dilakukan sebelum ini seperti menyertai pameran bergerak bersama dengan Perumahan Rakyat Satu Malaysia (PR1MA) dan 'showcase MyHouse' sebagai platform rundingan pemudah cara bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi peminjam PTPTN.
Selain itu, Shamsul Anuar berkata peminjam PTPTN yang mempunyai masalah berkenaan boleh pergi ke lebih 60 kaunter PTPTN di seluruh negara bagi mencari jalan penyelesaiannya.
"Kalau ada aduan dalam media sosial dan Facebook ia tidak membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi," katanya.
Menurut Shamsul lagi, PTPTN dari semasa ke semasa akan meningkatkan kualiti perkhimdatan mereka dalam menjadi sebuah badan pembiaya pendidikan terunggul dalam negara.
"Sebagai perbadanan pemberi dan pengutip pinjaman kita sedang berusaha mengubah persepsi rakyat kerana peranaan PTPTN lebih besar dalam proses pendemokrasian pendidikan negara.
"Sehingga Jun lepas, PTPTN telah memperuntukkan sebanyak RM56.4 bilion untuk 2.5 juta pelajar dan jumlah itu dijangka akan bertambah. Secara puratanya PTPTN memerlukan RM5 bilion setahun," katanya.
Bernama
Sun Jul 31 2016

Perbincangan dalam tempoh terdekat itu dilihat perlu bagi membantu mengurangkan rungutan yang dihadapi oleh peminjam PTPTN kerana gagal untuk membuat pinjaman.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Abang Johari tidak tolak kemungkinan Sarawak akan ambil alih sebuah bank perdagangan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan mengambil alih sebuah bank perdagangan di negara ini.

PTPTN bakal berbincang dengan industri automotif, bank dan pemaju perumahan
PTPTN akan mengadakan perbincangan bersama industri automotif, bank perdagangan dan pemaju perumahan dalam usaha membantu pembeli daripada disenarai hitam.