SHAH ALAM: Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor mengesahkan terdapat kesilapan teknikal berhubung pengeluaran dua hak milik atas satu plot tanah milik keluarga pelakon Amar Baharin di Semenyih.
PTG Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, hasil siasatan diterima melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat (PDTHL) berlaku kesilapan teknikal semasa proses membuat charting secara manual ke dalam lembar lito di Unit Teknikal PDTHL.
Kenyataan itu memaklumkan, terdapat dua permohonan pemberian hak milik secara berkelompok yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di kawasan sama pada tahun 1978 dan tahun 1995.
"Ini seterusnya mengakibatkan pengeluaran dua hak milik atas satu plot tanah yang sama sebagaimana yang dibangkitkan oleh pengadu (Amar Baharin)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut PTG Selangor, hasil siasatan PDTHL juga telah berjaya mengenal pasti satu plot tanah yang berhampiran bagi menggantikan pertindihan tanah berkenaan.
"PDTHL juga akan memanggil pemilik tanah terbabit untuk memberikan penerangan mengenai proses penggantian plot tanah tersebut," kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, kenyataan itu menambah, semua pejabat daerah dan tanah di negeri ini mengguna pakai sistem e-Tanah yang merupakan adaptasi sistem pentadbiran tanah secara elektronik mulai 26 Oktober tahun lalu.
Jelas kenyataan itu, melalui sistem itu, segala isu berkaitan pertindihan lot dan pengeluaran hak milik atas lot sama boleh dielakkan pada masa depan.
"PTG Selangor juga ingin menasihati pemilik-pemilik tanah supaya sentiasa mengemas kini maklumat berkaitan tanah seperti pertukaran alamat terkini dan membuat carian persendirian untuk menyemak urusan-urusan yang berlaku dalam hak milik tanah.
"Pemilik-pemilik tanah juga dinasihatkan tidak membiarkan tanah tanpa pembangunan kerana mana-mana tanah kategori bangunan disyaratkan untuk mendirikan apa-apa binaan dalam tempoh dua tahun lepas hak milik didaftarkan (Seksyen 116(1) Kanun Tanah Negara).
"Sekiranya perkara ini tidak dipatuhi, Pejabat Daerah dan Tanah boleh mengeluarkan notis untuk mengenakan denda atau lucut hak kepada mana-mana pemilik tanah yang berkenaan," tambah kenyataan itu.
Amar Baharin sebelum ini dilaporkan menuntut penjelasan PTG Selangor berhubung kes tanah milik keluarganya yang terletak di Semenyih dikesan dikeluarkan geran kepada orang lain secara tidak sah.
Pelakon berkenaan turut mempersoalkan pihak yang meluluskan geran kedua untuk individu lain selain bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa sedangkan cukai tanah dibayar oleh ibunya.
Rabu lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan isu membabitkan tanah milik keluarga Amar Baharin di Semenyih bukan kes pertama di negeri ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati terdapat beberapa kes seumpama itu berlaku berikutan sistem perekodan dilaksanakan secara manual sebelum ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 09 2024
Amar Baharin sebelum ini dilaporkan menuntut penjelasan PTG Selangor berhubung kes tanah milik keluarganya yang terletak di Semenyih.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mengambil maklum terhadap isu kediaman dan empat kenderaan mewahnya yang disita selepas gagal melunaskan hutang berjumlah lebih RM1 juta.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
PTG Selangor ganti plot tanah milik keluarga Amar Baharin
PTG Selangor mengesahkan terdapat kesilapan teknikal berhubung pengeluaran dua hak milik atas satu plot tanah milik keluarga pelakon Amar Baharin di Semenyih.
Bapa Amar Baharin meninggal dunia
Dalam hantaran itu, Amar juga memohon semua yang mengenali bapanya agar mengampunkan segala dosanya.
Virus Kawasaki: "Doktor pantau jantung Aryssa selama 3 bulan" - Amyra Rosli
Amyra Rosli meluahkan rasa syukur apabila keadaan anaknya semakin pulih daripada terkena jangkitan virus Kawasaki sekitar awal bulan lalu.
'Semoga Allah angkat kesakitan Ayra Aryssa. Berikan kesabaran buat Amyra, Amar'
Rakan-rakan artis dan peminat mendoakan agar anak kedua Amyra dan Amar yang dijangkiti penyakit Kawasaki akan segera sembuh.
Ayra Aryssa nama pilihan puteri Amyra Rosli, Amar Baharin
Cantik nama anak kedua Amyra Rosli dan Amar Baharin, secantik ibu dan ayahnya.
'Baby sihat, isteri juga selamat' - Amyra Rosli dan Amar Baharin timang anak kedua
Amar meluahkan rasa gembira dan syukur menerima ahli baru dalam keluarganya.
'Tak nak apa-apa jadi kat baby' - Amar Baharin-Amyra Rosli
Pelakon Amar Baharin dan sebab tersendiri untuk tidak membenarkan mereka yang orang luar menyentuh, apatah lagi mencium anak sulungnya, Aqeef Anaqi, 6 bulan.
'Takkan nak cakap jangan sentuh anak saya!' - Amyra Rosli letak syarat
Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin tidak menghalang anak sulung mereka, Aqeef Anaqi untuk terbabit dalam dunia seni dalam usia muda.
Tak perlu pembantu, Amyra Rosli lebih selesa jaga anak sendiri
Menurut Amyra, dia sanggup menjaga anak kesayangannya secara bergilir-gilir bersama suaminya aktor Amar Baharin.
Aqeef Anaqi nama baby boy Amar Baharin & Amyra Rosli
Pasangan itu mengumumkan nama tersebut dengan menukar 'username' laman Instagram milik anak mereka yang mempunyai lebih 109,000 pengikut.