PELAKON Amar Baharin dan sebab tersendiri untuk tidak membenarkan mereka yang orang luar menyentuh, apatah lagi mencium anak sulungnya, Aqeef Anaqi, 6 bulan.
Menurut Amar perbuatan tersebut biarpun tidak bertujuan negatif, namun secara tidak sedar boleh mendatangkan bahaya kepada bahaya kepada kesihatan bayi.
Amar, 33 tahun mengakui sebagai seorang selebriti, dia dan isteri, Amyra Rosli, 27 tahun sering berdepan dengan situasi di mana anak lelakinya itu menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menyentuh dan mencium Aqeef.
Disebabkan itu, Amar telah membuatkan luahan secara terbuka menerusi laman Instagramnya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih sensitif tentang perkara tersebut dengan memuat naik satu artikel berkenaan seorang bayi yang menjadi mangsa kerana sikap tidak sensitif segelintir pihak.