PASANGAN pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin tidak menghalang anak sulung mereka, Aqeef Anaqi untuk terbabit dalam dunia seni dalam usia muda.
Namun, kata Amyra, 27 tahun, terdapat beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pihak yang menawarkan Aqeef untuk menjadi duta sesebuah jenama.
"Saya dan Amar tidak menolak sekiranya kami sekeluarga ditawarkan untuk menjadi duta, terbabit dalam sesi fotografi dan promosi kerana kami sudah menjadi satu pakej.
"Tetapi kami sudah menetapkan syarat supaya anak kami, Aqeef tidak perlu turun padang untuk sesi ramah mesra yang melibatkan terlalu ramai orang.
"Semua pihak perlu faham Aqeef baru berusia lima bulan dan saya tak boleh menghalang orang yang mahu mendekati dan menyentuhnya.
"Takkan saya nak cakap jangan sentuh anak saya pula. Pasti akan ada yang terasa hati," katanya kepada Astro Gempak.
Amyra ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton di The Everly Putrajaya baru-baru ini menegaskan pembabitan anaknya tidak perlu membebankan sesiapa.
"Kalau terbabit dalam sesi fotografi pun saya tidak mahu akan saya terbeban. Dia tidak perlu bekerja keras dalam usia yang masih kecil," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Amyra kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Nur yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.
Amyra dan Amar juga tercalon untuk Top 5 Couple MeleTOP untuk Anugerah MeleTOP Era (AME2018) yang bakal berlangsung pada 8 April depan.
Undian fasa kedua ini boleh dibuat menerusi laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan RAKU serta melalui kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, jam 6.00 petang hingga 8 April 2018 jam 12.00 tengah hari.
Teks oleh: Amri Hassan
Gempak
Mon Mar 12 2018

Amyra: 'Semua pihak perlu faham Aqeef baru berusia lima bulan dan saya tak boleh menghalang orang yang mahu mendekati dan menyentuhnya.' - Foto Instagram
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

PTG Selangor ganti plot tanah milik keluarga Amar Baharin
PTG Selangor mengesahkan terdapat kesilapan teknikal berhubung pengeluaran dua hak milik atas satu plot tanah milik keluarga pelakon Amar Baharin di Semenyih.

Bapa Amar Baharin meninggal dunia
Dalam hantaran itu, Amar juga memohon semua yang mengenali bapanya agar mengampunkan segala dosanya.

Virus Kawasaki: "Doktor pantau jantung Aryssa selama 3 bulan" - Amyra Rosli
Amyra Rosli meluahkan rasa syukur apabila keadaan anaknya semakin pulih daripada terkena jangkitan virus Kawasaki sekitar awal bulan lalu.

'Semoga Allah angkat kesakitan Ayra Aryssa. Berikan kesabaran buat Amyra, Amar'
Rakan-rakan artis dan peminat mendoakan agar anak kedua Amyra dan Amar yang dijangkiti penyakit Kawasaki akan segera sembuh.

Ayra Aryssa nama pilihan puteri Amyra Rosli, Amar Baharin
Cantik nama anak kedua Amyra Rosli dan Amar Baharin, secantik ibu dan ayahnya.

'Baby sihat, isteri juga selamat' - Amyra Rosli dan Amar Baharin timang anak kedua
Amar meluahkan rasa gembira dan syukur menerima ahli baru dalam keluarganya.

'Tak nak apa-apa jadi kat baby' - Amar Baharin-Amyra Rosli
Pelakon Amar Baharin dan sebab tersendiri untuk tidak membenarkan mereka yang orang luar menyentuh, apatah lagi mencium anak sulungnya, Aqeef Anaqi, 6 bulan.

'Takkan nak cakap jangan sentuh anak saya!' - Amyra Rosli letak syarat
Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin tidak menghalang anak sulung mereka, Aqeef Anaqi untuk terbabit dalam dunia seni dalam usia muda.

Tak perlu pembantu, Amyra Rosli lebih selesa jaga anak sendiri
Menurut Amyra, dia sanggup menjaga anak kesayangannya secara bergilir-gilir bersama suaminya aktor Amar Baharin.

Aqeef Anaqi nama baby boy Amar Baharin & Amyra Rosli
Pasangan itu mengumumkan nama tersebut dengan menukar 'username' laman Instagram milik anak mereka yang mempunyai lebih 109,000 pengikut.