Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut berlaku hari ini, namun tiada kaitan dengan proses mengundi.
Katanya, kejadian itu dipercayai berkaitan masalah dalaman parti atau individu tertentu dengan penyokongnya dan tidak berlaku di premis yang terlibat dengan proses pilihan raya.
"Polis serta Unit Tempur Ringan (LSF) ke tempat kejadian selepas menerima laporan berhubung kekecohan itu.
"Hasil tindakan awal pihak polis serta perbincangan sesama mereka, perkara tersebut telah dapat diselesaikan," katanya di sini, hari ini.
DAPATKAN KEPUTUSAN TIDAK RASMI DAN RASMI PRU15 DI SINI
Siang tadi, tular beberapa video pendek memaparkan pengundi berhimpun di lokasi berkenaan yang dipercayai markas sebuah parti politik sehingga menimbulkan kekecohan.
Sumber parti memaklumkan, kekecohan itu dikatakan ada kaitan dengan janji tertentu untuk pengundi yang pulang mengundi.
Bagaimana pun, calon-calon yang bertanding di kawasan berkenaan enggan mengesahkan perkara itu.