Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas menerima tiga laporan yang dibuat mereka yang terlibat di Balai Polis daerah Temerloh, jam 9.30 malam pada Sabtu.
"Susulan itu, kita membuka dua kertas siasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang mendatang kekerasan terhadap menjawat awam ketika menjalankan tugas.
"Satu lagi siasatan di buat mengikut Seksyen 4 (G) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu petugas Pilihan Raya melakukan pelanggaran atau ketinggalan berkenaan pelaksanaan tugasannya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau sebelum itu menjelaskan, siasatan awal mendapati dua lelaki adalah penyokong sebuah parti bertanding dikatakan tidak berpuas hati terhadap ketua tempat mengundi yang enggan menyerahkan salinan penyata pengundi selepas selesai proses pengiraan kepada calon.
Menurutnya, pada kerusi itu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam persediaan untuk membawa peti undi keluar ke pusat penjumlahan undi di Dewan Tun Abdul Razak Temerloh.
"Kejadian itu, bagaimanapun telah dileraikan dengan segera oleh anggota polis yang bertugas," ujarnya. -Sinar Harian