Pengeluar kereta nasional, Proton hari ini melancarkan model terbaru syarikat itu Suprima S, 16 bulan selepas pelancaran Proton Preve.
Model hatchback 5 pintu ini merupakan kesinambungan daripada model Preve dan dijual pada harga antara RM 76,000 bagi model Eksekutif dan RM 80,000 bagi model Premium.
Dibangunkan dengan kos dua ratus juta ringgit, model berkenaan mendapat penarafan lima bintang “New Car Assessment Programmed” dari Australia, NCAP.
Suprima S turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan tinggi seperti sistem brek anti-kunci (ABS) dan kawalan kestabilan elektronik.
Dijana enjin turbo 1.6 liter, ia dikategorikan sebagai kereta bertaraf dunia dengan harga berpatutan.
Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad Tan Sri Mohd Kamil Jamil berkata, pihaknya mensasarkan jualan sebanyak 750 unit sebulan bagi pasaran tempatan.
"Kami juga melihat pasaran eksport secepat mungkin, mungkin dalam tahun ini. Kami ada polisi dimana selepas pelancaran sesuatu model ia akan menembusi pasaran luar dalam tempoh 6 bulan,"
"Kami menyasarkan pasaran di Asia Pasifik pada masa ini, dan mungkin kita akan bermula dengan rantau Asia,” katanya selepas menyaksikan majlis perasmian model itu di Pusat Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohammad dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.
Jelasnya buat ketika ini Proton meletakkan sasaran untuk memasarkan model berkenaan ke tiga negara, Indonesia, Thailand Dan Australia.
Bagaimanapun pihaknya akan memenuhi permintaan pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum memasarkan ke luar negara.
Model berkenaan dilancar bagi memenuhi permintaan pasaran mereka yang meminati model dengan gaya “sporty”.
Tambah Kamil, Proton Suprima S kini terdapat di bilik pameran proton seluruh negara bermula hari ini.
Sementara itu Penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelancaran model terbaru Proton itu diharap dapat mengikis persepsi bahawa Proton mengeluarkan kereta tidak bermutu.
Jelasnya model terbaru Proton itu menepati piawaian antarabangsa dan harus dibanggakan.
"Proton bukan mengeluarkan cheap low quality car, kita mengeluarkan kualiti yang sama seperti dengan pengeluar ternama, harganya walaupun tidaklah semurah seperti yang dikehendaki tapi dia affordable,” katanya.
Proton Suprima S mampu menarik minat khususnya golongan muda yang dilihat lebih menggemari kereta berbentuk hatchback berbanding sedan.
Apa pendapat anda mengenai model terbaru Proton ini? Kongsi pandangan bersama Astro AWANI.
Hakim Rahman
Sat Aug 17 2013
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.
Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).
Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.
Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto
Semakan gaji perkhidmatan awam akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli.
Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai
Proton mencatatkan satu lagi pencapaian pada Julai dengan penjualan Proton X50 yang dipertingkatkan sebanyak 2,585 unit.
Proton e.MAS 7 nama rasmi kenderaan elektrik pertama Malaysia
Syarikat automotif nasional itu menjelaskan Proton e.MAS 7 menandakan permulaan babak baharu dalam sejarah automotif negara.
Proton lancar fasiliti tambahan baharu bernilai RM253 juta di Tanjong Malim
Pengeluar kereta nasional Proton baru-baru ini melancarkan projek penambahan fasiliti 'stamping' bernilai RM253 juta di Tanjong Malim, yang dikenali sebagai stamping E dan F.