KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak's 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan hari ini dan esok selepas bekas perdana menteri itu dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak semalam.
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa Najib menjalani beberapa ujian perubatan setiap hari di hospital disebabkan keadaan tekanan darahnya dan ulser di dalam perut.
"Saya akhirnya dapat berjumpa dengan anak guam saya itu selepas menanti selama hampir tiga jam hari ini, namun dia (Najib) sendiri tidak tahu berapa lama dia akan ditahan di wad hospital.
"Ada sijil sakit (MC) yang diberikan oleh Jabatan Penjara dan dihantar kepada Muhammad Farhan (seorang lagi peguam Najib) menerusi WhatsApp. Ia berdasarkan kepada pemeriksaan perubatan dan MC adalah bagi 14 dan 15 Sept, dan ia juga memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib kini berada di wad 21 hospital itu," katanya.
Peguam itu berkata tekanan darah Najib semakin beransur turun selepas dia mengambil ubat yang biasa diambilnya, walaupun ia tidak begitu memuaskan sebagaimana keadaan tekanan darah biasanya.
"Ujian dilakukan terhadap keadaan tekanan darahnya, dan perlu saya maklumkan kepada Yang Arif bahawa anak guam saya mempunyai sejarah ulser teruk dan dia tidak sedar yang tiga bulan lepas dia berada di peringkat kritikal.
"Baru-baru ini Yang Arif sendiri tahu dia pergi ke hospital kerana mengadu rasa tidak selesa dan mereka mendapati banyak ulser yang berdarah. Saya fikir atas sebab itu dia menjalani ujian untuk memastikan tekanan darah tiada kaitan dengan keadaan itu, sebaliknya mungkin kontingensi ubat semata-mata," kata peguam itu.
Hakim Sequerah kemudiannya bertanya sekiranya Najib mungkin sembuh minggu depan, kerana perbicaraan 1MDB dijadualkan disambung semula pada 26 Sept, dan beliau melapangkan perbicaraan minggu ini kerana tidak mungkin perbicaraan dapat bersambung esok.
Muhammad Shafee berkata beliau berpendapat Najib sepatutnya dalam keadaan lebih baik pada masa itu, tepat pada masanya untuk tarikh perbicaraan yang dijadualkan.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata pihaknya tidak mempunyai bantahan untuk perbicaraan minggu ini dikosongkan kerana MC itu datang daripada pegawai perubatan kerajaan.
Sementara itu ketika ditemui media selepas prosiding Muhammad Shafee berkata Najib "tidak begitu ceria seperti biasa" dan masih mengalami keadaan tidak selesa disebabkan keadaan kesihatannya.
"Doktor telah kembali kepada ubat asal (yang biasa diambil Najib). Ubat sebelum ini dan jumlahnya diberikan mengikut sukatan yang betul, tetapi yang biasa dia gunakan adalah yang asli dan bukan dari jenama generik.
"Bertentangan dengan apa yang dikatakan dalam berita, generik (ubat) mungkin tidak berkesan seperti yang asal," katanya sambil menambah bacaan tekanan darah Najib semasa di hospital adalah pada 124/84, berbanding bacaan biasa pada 110/80.
Ketika ditanya mengenai kemasukan Najib ke Institut Jantung Negara (IJN), Muhammad Shafee berkata setakat ini tiada tanda-tanda mengenai perpindahannya (Najib) ke hospital pakar.
"Beliau tidak mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantungnya, tetapi kerana ia (ulser perut) menyebabkan pendarahan, ia benar-benar boleh menyebabkan masalah jantung yang boleh membawa kepada strok," katanya.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Pada 23 Ogos lepas, Najib dihantar ke penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya kerana menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022

Walaupun ubat darah tinggi yang asal diberikan, Muhammad Shafee berkata, tekanan darah anak guamnya belum berada di tahap memuaskan. - Fail/REUTERS

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.