Di usia 53 tahun sejak penubuhan Malaysia pada 16 Sept 1963, negara berjaya mematahkan ancaman dan segala bentuk keganasan yang cuba menular merosakkan demokrasi negara.
Selain mematahkan ancaman sedemikian, sejarah turut membuktikan bahawa negara juga mampu memulihkan atau deradikalisasi anggota yang terpengaruh dengan ideologi berkenaan termasuk komunis, Al-Maunah, Al-Arqam dan banyak lagi kumpulan kecil lain.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata proses deradikalisasi yang dilaksana kerajaan setakat ini disifatkan berjaya dalam menghapuskan ancaman kumpulan tersebut daripada berulang.
"Juga penting adalah tindakan pencegahan termasuk menggunakan undang-undang sedia ada, pertukaran maklumat antara pasukan keselamatan serta pemantauan terhadap sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan sentiasa dilaksanakan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Malaysia akan sentiasa berwaspada dan meningkatkan kemampuan pencegahan dan pada waktu yang sama, mengekalkan ketenteraman negara serta mengelakkan ketakutan rakyat.
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kejayaan Malaysia dalam melaksanakan proses deradikalisasi atau pemulihan terhadap pengganas dan golongan ekstremis sudah mencapai tahap 95 peratus dan ia mendapat pengiktirafan dunia.
Pengiktirafan itu dilihat apabila Malaysia dipilih oleh Amerika Syarikat untuk menjadi tuan rumah pusat maklumat balas digital serantau bagi memerangi golongan pelampau.
Minggu depan, negara akan menganjurkan persidangan antarabangsa selama dua hari mengenai strategi anti radikalisme dan memerangi keganasan melampau yang disertai beberapa negara termasuk anggota ASEAN bagi berkongsi maklumat dan perbincangan terhadap usaha deradikalisasi serta membendung ancaman keganasan.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin berkata kejayaan kerajaan melaksanakan proses deradikalisasi telah menyelamatkan negara ini daripada pelbagai bentuk ancaman.
Beliau yang juga Pegawai Hal Ehwal Islam, Kementerian Dalam Negeri dan turut terlibat dalam proses pemulihan tahanan mengambil contoh, pada era pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1960 hingga pemansuhannya, sebanyak 8,883 tahanan berjaya dipulihkan.
"Bagi pengkritik, (ISA) ini zalim tapi nilai yang kita lakukan denga ISA telah banyak menyelamatkan negara daripada mengancam dan merosak ketenteraman awam, dari dulu sampai sekarang," katanya.
Deradikalisasi adalah istilah yang diambil dari bahasa Inggeris 'deradicalisation' yang bermaksud sebuah langkah untuk mengubah sikap dan pandangan yang dianggap keras, ekstrem dan radikal menjadi toleran, sederhana dan liberal.
Proses ini dilakukan oleh jabatan atau agensi tertentu seperti Jabatan Penjara Malaysia atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terhadap tahanan yang terbabit dengan fahaman ekstrem bagi mengubah sikap mereka dan mengelakkan mereka daripada mengembangkan ideologi negatif itu kepada orang lain.
Bernama
Fri Jan 22 2016

NUR JAZLAN: Proses deradikalisasi yang dilaksana kerajaan setakat ini disifatkan berjaya dalam menghapuskan ancaman kumpulan tersebut daripada berulang.

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Asteroid 2024 YR4 tidak lagi timbulkan ancaman besar kepada Bumi - NASA
NASA mengesahkan bahawa asteroid 2024 YR4 yang pada awalnya dianggap sebagai ancaman berpotensi, tidak lagi menimbulkan ancaman besar kepada Bumi pada 2032 atau selepas itu, lapor Xinhua.

Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman
Penentangan umum terhadap usaha Donald Trump menguasai Greenland kekal tinggi, dengan 78 peratus rakyat Denmark menolak idea menjual pulau itu.

FBI siasat ancaman bom terhadap calon Kabinet Trump
FBI menyedari banyak ancaman bom dan insiden 'swatting' yang menyasarkan calon dan pelantikan pentadbiran baharu.

Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.

Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.

Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar
Tehran bersedia untuk terlibat dalam dialog yang saling menghormati, bukannya ancaman dan tekanan.

Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan
Ancaman tidak kelihatan tidak boleh ditangani semata-mata melalui pertahanan negara, menurut PM Korea Selatan Han Duck Soo.

20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
Abe Li terperdaya disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan.

Polis siasat ancaman di laman web Kedutaan Jerman
Hampir 100 mesej disiarkan di laman web itu sejak Selasa, termasuk ancaman memasang bahan letupan di kedutaan atau meletupkan kemudahan utama.

Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman
"Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas."