KUALA LUMPUR:Kerajaan disaran memberi penjelasan berhubung maksud dan kepentingan proklamasi darurat kepada rakyat secara berterusan bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah tanggapan.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, polemik mengenai kekeliruan dan kewajarannya dikhuatiri akan terus dipersoalkan jika maksud atau tujuan ordinan darurat tersebut tidak difahami oleh rakyat.
Tegasnya, ia sekali gus boleh memberi impak negatif terhadap kerajaan pentadbiran Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin.
"Oleh sebab itu, timbul persepsi dan tuduhan mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan ordinan tersebut sebagai muslihat politik, sedangkan keputusan kerajaan itu dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan negara yang telah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong.
"Hari ini semua orang akur dan bercakap mengenai proklamasi darurat, tetapi apakah rakyat di bawah faham mengenai ordinan tersebut?
"Apakah rakyat memahami sepenuhnya implikasi dan faedah ordinan tersebut ke atas kesan ekonomi, politik dan sosial di negara ini?" soalnya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.
BACA: Ini yang anda perlu tahu mengenai Proklamasi Darurat
BACA: Proklamasi darurat: Badan kehakiman terus berfungsi - PM Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa, ramai pihak berpandangan darurat yang dilaksanakan sejak 11 Januari lalu adalah tidak perlu.
Menerusi catatan terbaharu di blognya Chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata, mereka bagaimanapun berada dalam ketakutan untuk menyuarakan pendapat.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum ini menjelaskan, dakwaan yang mengatakan proklamasi darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat, sebaliknya ia mampu membantu pemulihan ekonomi negara.
Beliau berkata Malaysia merupakan antara 80 negara di dunia, atau hampir setengah daripada seluruh dunia, yang mengisytiharkan darurat bagi menangani pandemik COVID-19.
Dalam pada itu jelas Syed Ali, mungkin pemimpin kerajaan dan mereka yang arif mengenai undang-undang memahami pelaksanaan proklamasi darurat dalam usaha menangani wabak COVID-19, tetapi bagi orang awam, keberangkalian untuk mereka memahami secara jelas amat sedikit.
Astro Awani
Mon Jan 25 2021
Syed Ali berkata polemik mengenai kekeliruan dan kewajarannya dikhuatiri akan terus dipersoalkan jika maksud atau tujuan ordinan darurat tersebut tidak difahami oleh rakyat. - Astro AWANi
Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.
Jangan terlalu beri tekanan kepada saya - Justin
Prestasi pemain berusia 20 tahun itu menurun selepas mengalami kecederaan putus tendon Achilles kaki kirinya pada April 2023.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Portal rasmi Kerajaan Melaka, Tourism Melaka akan dilengkapi 'chatbot AI'
Penggunaan teknologi AI ini bukan sahaja mempercepat komunikasi, tetapi juga memberikan sokongan lebih cekap dan berkesan.
Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.
Pesawah di Melaka boleh sewa dron untuk aktiviti pertanian - Exco
Muhamad Akmal berkata, perkhidmatan dron tersebut ditawarkan pada harga berpatutan sejak Jun lalu.
Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
Selesema burung, California isytihar darurat
Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat berikutan wabak selesema burung H5N1 yang telah menjangkiti 34 orang.
Vanuatu bergelut hadapi kesan gempa bumi yang ragut 14 nyawa
Negara Pasifik Selatan, Vanuatu, memohon bantuan antarabangsa selepas gempa bumi bermagnitud 7.3 meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, termasuk dua rakyat China, serta merosakkan bangunan dan infrastru
Peru isytihar darurat di Callao untuk banteras jenayah terancang
Peru mengisytiharkan darurat di enam daerah wilayah pantai Callao berikutan peningkatan keganasan kumpulan jenayah terancang.
Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.
Itali isytihar darurat ke atas dua wilayah dilanda banjir
Bantuan kecemasan sebanyak EUR20 juta (kira-kira AS$22 juta) diperuntukkan kepada wilayah-wilayah Emilia-Romagna dan Marche.
Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine
Keadaan disifatkan "amat sukar dan tegang" ketika kawasan sempadan itu menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu dari Ukraine.
Darurat diisytihar di daerah Lipetsk, Rusia
Gabenor Lipetsk, Igor Artamonov, mengumumkan pemindahan empat komuniti tempatan bagi memastikan keselamatan awam.
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
Hujan lebat di El Salvador ragut 11 nyawa, 880 terpaksa berpindah
Hujan lebat yang melanda El Salvador sejak Jumaat telah meragut 11 nyawa manakala lebih 880 penduduk terpaksa berpindah.
Kuasa Agong isytihar darurat tidak boleh diadili oleh mahkamah
Kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.