IPOH: Tahun Melawat Ipoh 2023 tidak akan terjejas dengan projek penurapan dan penambahbaikan jalan di sekitar bandar raya ini yang masih belum disiapkan sejak sekian lama.
Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin berkata ini kerana kerja-kerja tersebut masih berjalan dan telah dipercepatkan agar tidak mengganggu kelancaran trafik dalam menyambut kehadiran pelancong tempatan dan luar negara.
"Perkara yang melibatkan infrastruktur ini adalah bersifat berterusan yang mana kita akui memang banyak jalan yang rosak termasuklah projek di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), namun jika kita tidak buat sekarang, bila lagi hendak siap?.
"Sekarang kita mahu lihat di mana kelemahan dan kekuatan serta mengharapkan kita dapat mengatasi semua kekangan menjelang Tahun Melawat Perak 2024," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada 107 pesara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada Majlis Jasamu Dikenang 2021 di sini, semalam.
Rumaizi berkata projek-projek yang dikendalikan oleh syarikat Mangkubumi Sdn. Bhd itu dijangka siap pada pertengahan tahun ini.
"Lepas Jun baru selesai, kalau tampal jalan sekarang pun, nanti akan menyebabkan berlaku perkara lain," tambahnya.
Dilapor pada 27 Nov lalu, beliau berkata kesesakan lalu lintas yang berpunca daripada kerja menaik taraf pembentungan di bandar raya ini dijadual siap pada Jun 2023.
Pada 31 Dis, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad melancarkan Tahun Melawat Ipoh 2023 sebagai usaha menonjolkan lagi kekuatan dan kehebatan Ipoh sebagai antara lokasi percutian yang mesti dilawati.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023

Rumaizi berkata kerja-kerja tersebut masih berjalan dan telah dipercepatkan agar tidak mengganggu kelancaran trafik dalam menyambut kehadiran pelancong tempatan dan luar negara. - Foto fail/MBI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mydin Meru Raya beroperasi seperti biasa
Pengurusan Mydin Meru Raya memaklumkan, pengoperasian itu dilakukan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pihak JBPM.

Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.

Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.

Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.

Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.

Dua beradik maut nahas motosikal, MPV
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran persimpangan lampu isyarat, di Ipoh.

Polis minta bantuan kesan tiga remaja perempuan hilang di Ipoh
Nurul Syuhada Muksin, 18, dipercayai membawa beg pakaian dan keluar dari asrama sebuah politeknik di Ipoh pada 9 Okt.