Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang dipersetujui untuk diteruskan oleh Malaysia dan Singapura hari ini, disifatkan sebagai berita gembira buat negeri Johor kerana bakal memberi manfaat kepada pelbagai sektor khususnya sektor rel negeri .
Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata malahan pembangunan yang turut melibatkan depoh penyelenggaraan di Wadi Hana, di sini, juga dijangka membuka peluang pekerjaan dan kepakaran dalam bidang baharu yang dapat diceburi rakyat di negeri ini.
"Saya juga amat yakin dan percaya, melihat kepada persiapan dan juga jadual pelaksanaan projek ini, kerajaan negeri akan membantu dan memberikan sepenuhnya kerjasama agar ia (projek RTS) dapat berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai projek berkenaan, di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak.
Hasni berkata demikian ketika ditanya mengenai impak projek RTS itu ke atas negeri Johor yang mana ia telahpun dicadangkan semenjak 10 tahun lepas dan dipersetujui untuk diteruskan oleh kedua-dua negara hari ini.
Sementara itu, Ketua Pusat Kecemerlangan Industri Pengangkutan Rel (ICOE-REL) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Dr Khalid Hasnan ketika dihubungi Bernama berkata pembinaan projek itu bukan sahaja dapat merancakkan ekonomi dan kelancaran mobiliti, bahkan ia juga akan memberi impak terhadap persekitaran selain peluang mewujudkan pekerjaan.
Bagaimanapun, beliau berharap agar sistem ataupun teknologi yang bakal digunakan dalam pembangunan projek itu tidak hanya tertumpu kepada kepakaran luar sahaja.
"Dari sudut pandangan yang lain, apa pun sistem atau teknologi yang dipilih ( pembinaan projek RTS), pembangunan kepakaran sama ada dari segi pemindahan ilmu atau teknologi, ia wajib diambil kira supaya kita tidak lama bergantung kepada kepakaran luar.
"Ia juga perlu melibatkan institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)," kata Khalid.
Presiden Persekutuan Tiong-Hua Johor Bahru, Ho Sow Tong yang juga dihubungi Bernama berkata, pembinaan projek RTS itu sudah tentunya menguntungkan kedua-dua rakyat Malaysia dan Singapura khususnya mereka yang bekerja di republik tersebut dan para peniaga di bandar raya ini.
"Kita tahu Tambak Johor mengalami kesesakan teruk yang mengambil masa beberapa jam untuk memasuki Singapura atau ke bandar raya ini bagi mereka yang berulang-alik bekerja di republik itu setiap hari.
"Sudah tentunya, pembinaan RTS ini sesuatu yang ditunggu-tunggu semua pihak bagi menjimatkan masa perjalanan," katanya.
Bagi peniaga pula, katanya, kemasukan rakyat Singapura khususnya untuk bercuti di hujung minggu dan membeli belah sudah tentunya memberi manfaat kepada mereka.
"Kita tahu ramai rakyat Singapura gemar berkunjung ke bandar raya ini untuk menikmati makanan dan membeli belah. Dengan adanya RTS ini, ia sekali gus meningkatkan ekonomi negeri Johor," kata Ho.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 30 2020

RTS telah dicadangkan semenjak 10 tahun lepas dan dipersetujui untuk diteruskan oleh kedua-dua negara hari ini. -Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.

ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.

Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.