JOHOR BAHRU: Pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (Gemas-JB EDTP) sudah mencapai kemajuan sebanyak 97 peratus manakala Stesen Segamat dibuka kepada orang ramai pada bulan Mei, 2024.
Menurut kontraktor tempatan yang bertanggungjawab membangunkan projek itu, usaha sama (JV) SIPP-YTL, Gemas-JB EDTP turut mencapai 28 juta jam bekerja tanpa kemalangan, satu pencapaian dari segi keselamatan pembinaan rel di Malaysia.
"Rekod ini direkodkan dari September 2020 hingga Mei 2024, menggariskan kejayaan EDTP Gemas-JB berkaitan keselamatan. Pencapaian ini sejajar dengan sasaran keselamatan ditetapkan iaitu 28 juta jam tanpa kemalangan untuk Gemas-JB EDTP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengarah Eksekutif JV itu Yeoh Keong Yuan berkata pencapaian tersebut merupakan pencapaian penting bagi industri pembinaan rel negara terutamanya untuk semua pekerja SIPP-YTL.
"Kejayaan ini adalah hasil usaha berterusan oleh pasukan kesihatan dan keselamatan kami untuk memastikan pemantauan ketat sepanjang tempoh kerja pembinaan tersebut. Keselamatan adalah keutamaan, kami sangat komited untuk mempromosikan persekitaran yang sihat dan selamat untuk semua orang," katanya.
Satu majlis telah diadakan bagi meraikan pencapaian 28 juta jam kerja tanpa kemalangan, ia dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia Ir Mohd Hatta Zakaria, wakil pengarah projek Pasukan Gemas-Johor Bahru daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia Ir Sukhaimi Marob dan Ketua Pegawai Operasi Rel Perbadanan Aset Keretapi (RAC) Ramesh Balakrishnan.
Mohd Hatta berkata pencapaian itu menunjukkan komitmen setiap pihak yang terlibat dalam projek berkenaan.
"Saya mendapati bahawa SIPP-YTL telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk mencapai sasaran ini termasuk pelaksanaan Diari Tapak SSS YTL dan Papan Pemuka bagi mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan bagi projek ini. Tindakan proaktif ini menetapkan penanda aras untuk amalan terbaik dalam industri pembinaan," katanya.
Menurut Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan 2004 (NADOPOD), waktu jam kerja secara selamat ditakrifkan sebagai jumlah jam bekerja tanpa kemalangan yang mengakibatkan ketidakhadiran lebih daripada empat hari atau kejadian penting lain seperti kecederaan parah atau kematian.
Gemas-JB EDTP adalah projek perkhidmatan tren elektrik sepanjang 192 kilometer meliputi empat daerah utama di Johor - Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru dengan kos keseluruhan RM8.9 bilion seperti yang diumumkan kerajaan pada Disember 2016.
Keseluruhan projek itu dijangka siap menjelang tahun 2025 sekali gus merancakkan ekonomi tempatan khususnya bagi masyarakat di Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024
Usaha sama SIPP-YTL, Gemas-JB EDTP turut mencapai 28 juta jam bekerja tanpa kemalangan, satu pencapaian dari segi keselamatan pembinaan rel di Malaysia. - Bernama
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Projek landasan berkembar elektrik Gemas-JB capai kemajuan 97 peratus
Usaha sama SIPP-YTL, Gemas-JB EDTP turut mencapai 28 juta jam bekerja tanpa kemalangan, satu pencapaian dari segi keselamatan pembinaan rel di Malaysia.