KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bahawa semua langkah sewajarnya membabitkan isu pembinaan Loji Kuasa Hidroelektrik di Mukim Ulu Nenggeri, Jajahan Gua Musang, Kelantan telah dan akan terus diambil.
TNB dalam kenyataan memaklumkan telah menerima satu memorandum daripada Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) yang membangkitkan beberapa kebimbangan berhubung pembinaan Loji Kuasa Hidroelektrik itu dengan kapasiti 300 megawatt (MW).
Menurut TNB, mereka mengambil maklum kebimbangan yang dibangkitkan oleh JKOAK dan memberikan jaminan itu.
Kenyataan itu menyebut sejak 2015, TNB telah menjalin kerjasama rapat dengan kerajaan serta pihak berkepentingan yang berkaitan untuk melaksanakan projek itu dengan mematuhi sepenuhnya kehendak undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli serta Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia.
"TNB juga telah beberapa kali mengadakan libat urus dengan Orang Asli dan komuniti lain yang terjejas secara langsung atau tidak langsung dengan projek ini. TNB kekal fokus terhadap objektif utamanya untuk melaksanakan projeknya dengan jayanya dan terus memastikan kepentingan pihak berkentingan ditangani," katanya pada Selasa.
Menurut TNB, Projek Hidroelektrik Nenggiri adalah bahagian penting dalam strategi kerajaan untuk meningkatkan penjanaan kuasa daripada sumber tenaga boleh diperbaharui selain menjadi tambahan untuk menyokong usaha tebatan banjir di Kelantan.
Projek itu juga akan memberikan impak sosioekonomi yang positif kepada negara dan Kelantan selain membawa faedah lain untuk komuniti setempat di kawasan berhampiran termasuk akses lebih baik kepada kemudahan, peluang pekerjaan dan keusahawanan serta menambah baik sumber pengairan bagi aktiviti pertanian.
"TNB memiliki rekod prestasi yang baik dalam memenuhi segala kewajipannya kepada negara dan komuniti setempat. Kami sedang mengusahakan satu pelan komprehensif bagi memastikan semua kewajipan kami dipenuhi dan dilaksanakan seperti yang dijanjikan.
"Kami juga akan memastikan bahawa pelaksanaan projek ini menepati agenda kerajaan untuk meningkatan penjanaan kuasa daripada sumber tenaga boleh diperbaharui," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 07 2022

Sejak 2015, TNB menjalin kerjasama rapat dengan kerajaan serta pihak berkepentingan untuk melaksanakan projek dengan mematuhi kehendak undang-undang dan peraturan ditetapkan. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.

Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.

Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.

Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
TNB memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.

THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB
Kemenangan THT malam tadi menamatkan siri kemenangan berturut-turut TNB yang muncul juara treble pada edisi lepas.

Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.

Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.

Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.