Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) dilaksanakan secara dalam talian dan mensasarkan 1,000 orang belia bumiputera termasuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuan Jaafar berkata, tempoh latihan program TUBE juga dipendekkan kepada tujuh hari dengan modul latihan yang mudah difahami, jelas dan boleh terus dipraktikkan selepas peserta menamatkan latihan.
Jelasnya, sejak diperkenalkan pada tahun 2014, ia dikenal pasti sebagai salah satu program keusahawanan bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan belia.
"Tahun lalu, hanya 579 belia dilatih berbanding 1,000 belia pada tahun 2020. Sehingga kini, program TUBE telah berjaya melatih sejumlah 5,346 belia untuk menceburi bidang perniagaan dan daripada jumlah tersebut, 4,952 usahawan belia (93 peratus) telah mendaftarkan perniagaan dengan nilai jualan terkumpul sehingga Ogos 2020 bernilai RM127.1 juta.
"Program ini juga telah berjaya mewujudkan 10,540 peluang pekerjaan termasuk untuk peserta itu sendiri.
"Ia merupakan program anjuran SME Corp. Malaysia yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu katanya, terdapat peningkatan peserta TUBE bagi negeri Sarawak yang telah dilatih pada tahun ini.
"Bagi negeri Sarawak, sehingga kini, sejumlah 474 usahawan belia telah dilatih dan perniagaan yang dijalankan telah mewujudkan 924 peluang pekerjaaan serta RM8.7 juta nilai jualan terkumpul.
"Pencapaian program TUBE serta modul latihannya yang bersifat inklusif untuk semua peringkat golongan ini telah mendorong satu kerjasama baharu antara SME Corp. Malaysia dengan Bank Islam bagi melaksanakan Program Pembiayaan Mikro iTEKAD pada tahun ini.
"Program tersebut yang menggunapakai konsep dan modul Program TUBE membolehkan usahawan di bawah bimbingan Bank Islam mendapat latihan peningkatan keusahawanan bagi memastikan mereka mendapat pemahaman, kemahiran dan pengetahuan holistik dalam pengurusan perniagaan," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Wan Junaidi menjelaskan kementeriannya melalui TEKUN Nasional membuka peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang pekerjaan akibat terkesan daripada wabak COVID-19 untuk menjadi gig worker atau rider bagi syarikat penghantaran makanan, barangan dan keperluan harian.
"Program TEKUN Mobileprenuer telah diwujudkan pada awal April 2020 merupakan skim pembiayaan tanpa faedah kepada rider e-hailing dengan nilai pembiayaan maksimum sehingga RM10,000.
"Skim ini untuk rider e-hailing yang telah berdaftar dengan syarikat e-hailing yang bertujuan untuk membeli motorsikal, membaiki motorsikal dan memasang aksesori tambahan.
"Bagi rider e-hailing yang menepati syarat-syarat pembiayaan boleh memohon skim ini. Sehingga kini, seramai 1,279 permohonan telah diluluskan di bawah Program TEKUN Mobileprenuer dengan nilai pembiayaan sebanyak RM10.16 juta," katanya.
Dalam pada itu katanya, Program Bicara Ilmu 'Jana Pendapatan dengan aplikasi Smartphone' anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKM) mensasarkan bantuan kepada usahawan dah ahli koperasi menjana pendapatan melalui telefon pintar dengan menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube.
Program yang mensasarkan 150 orang ahli koperasi dapat membantu dalam sesi praktikal penggendalian camera telefon dalam menghasilkan gambar yang menarik dan teknik suntingan gambar dengan menggunakan aplikasi suntingan dan pengiklanan melalui media sosial yang diketengahkan di dalam program itu.
Astro Awani
Sat Aug 29 2020
Wan Junaidi (tiga dari kiri) berkata, pihaknya mensasarkan bantuan kepada usahawan dah ahli koperasi menjana pendapatan melalui telefon pintar dengan menggunakan aplikasi media sosial. - Gambar MEDAC
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.