KUALA LUMPUR: Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia wajar diperluaskan ke peringkat sekolah agar pelajar tidak lagi terbeban membawa buku teks sebaliknya hanya menggunakan tablet atau peranti untuk melakukan aktiviti pembelajaran.
Pensyarah Pusat Kajian Teknologi dan Pengurusan Perisian, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohd Juzaiddin Ab Aziz berkata penggunaannya di peringkat sekolah bagaimanapun harus dipantau bagi memastikan tidak wujud isu salah guna terhadap peranti berkenaan.
"Selain memantau, peranti yang disediakan juga harus mempunyai kandungan yang sesuai berdasarkan acuan bangsa kita dan matlamat pendidikan.
Jika tidak mempunyai kandungan sesuai, tidak mempunyai pemantauan yang betul...kemungkinan disalah guna itu mudah sebab tablet tersebut mempunyai capaian Internet yang mudah dan Internet ini mempunyai sesuatu perkara yang melekakan pelajar," kata beliau pada Program Bual Bicara membincangkan topik 'PerantiSiswa Keluarga Malaysia, Perkasa Kebajikan Pelajar B40' terbitan Bernama TV, malam tadi.
Mohd Juzaiddin berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan hos program, mengenai keperluan kerajaan memikirkan tentang penggunaan peranti di sekolah dan bukan hanya di institusi pengajian tinggi (IPT) semata-mata.
Turut menjadi tetamu program itu ialah Pengarah Pusat Sitasi dan Infometrik Jabatan Pendidikan Tinggi Noor Hapipah Samat.
Mengulas lanjut, Mohd Juzaiddin berkata kegunaan peranti dalam era digitalisasi kini bukan sahaja membantu pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian tetapi juga memberi kelebihan dari aspek ''Personalised Learning".
"Ini kerana ada individu memerlukan kelainan dari segi pembelajaran dan apabila ada kandungan seperti animasi, ia boleh menambah kebolehupayaan pembelajaran mereka dan pendekatan ini harus diambil bagi menggantikan pembelajaran secara tradisional," katanya.
PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah inisiatif di bawah program ePemula dengan sejumlah RM450 juta diperuntukkan untuk memastikan pengagihannya memanfaatkan kira-kira 350,000 pelajar B40 di IPT, bermula Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia wajar diperluaskan ke peringkat sekolah agar pelajar tidak lagi terbeban membawa buku teks sebaliknya hanya menggunakan tablet atau peranti untuk melakukan aktiviti pembelajaran. - Foto fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia wajar diperluas ke peringkat sekolah
Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia wajar diperluaskan ke peringkat sekolah agar pelajar tidak lagi terbeban membawa buku teks.

27,000 permohonan peranti dalam masa tujuh jam hari ini - Annuar
Sejumlah 27,000 permohonan peranti bagi program PerantiSiswa Keluarga Malaysia diterima dalam tempoh tujuh jam hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa.