KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor akan menggerakkan keseluruhan pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran dan keselamatan awam sempena Program Madani Rakyat Zon Tengah yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini, di Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata ia melibatkan pegawai dan anggota daripada Balai Polis Kuala Selangor, Balai Polis Tanjung Karang, Balai Polis Bestari Jaya dan Balai Polis Jeram.
"Kita menjangkakan kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung yang akan turut sama menyertai program itu. Saya percaya dengan kerjasama pihak penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, program itu akan berjalan dengan lancar," katanya yang mengetuai Jawatankuasa Logistik, Keselamatan, Pengangkutan dan Kebersihan Program Madani Rakyat Zon Tengah ketika menjadi tetamu khas di radio KLFM hari ini.
Ramli berkata aliran trafik di Kuala Selangor turut dijangka mengalami kesesakan dan pihaknya akan menempatkan anggota trafik untuk mengawal lalu lintas dan berharap semua pemandu dapat mematuhi arahan yang akan diberikan.
"Dengan pembukaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dan adanya Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), Kuala Selangor sering menjadi tumpuan orang ramai pada cuti hujung minggu dan kita jangkakan akan berlaku kesesakan pada hari program. Diharap semuanya bersabar," katanya.
Program itu menyediakan pelbagai tarikan untuk pengunjung termasuk kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM), kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk penukaran topi keledar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024

Program itu menyediakan pelbagai tarikan untuk pengunjung termasuk kaunter pengurangan kadar kompaun saman PDRM, kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmahdan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan. - Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi
Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan melabuhkan tirai hari ini dengan mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi dalam tiga siri penganjurannya iaitu jumlah pengunjung me

Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.

Program Madani Rakyat: Polis IPD Kuala Selangor digerakkan jaga keselamatan
IPD Kuala Selangor akan menggerakkan keseluruhan anggota bagi memastikan kelancaran dan keselamatan awam sempena Program Madani Rakyat.