KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin berkata Program Jelajah Siswa itu dilaksanakan sebagai usaha memberi pendedahan kepada pelajar jurusan berkenaan tentang industri media kewartawanan masa kini.
"Program Jelajah Siswa akan merangkumi enam zon iaitu Sabah, Sarawak, Utara, Timur dan Selatan serta zon Tengah dengan pelancarannya dijadualkan pada 24 Mei ini oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
"Pada program itu, dua topik besar diberikan kepada mereka (pelajar) yang perlu difahami iaitu mengenai semak fakta atau fact check selain taklimat berkaitan Mobile Journalism (MOJO) yang membantu untuk menjadi seorang wartawan serba boleh," katanya.
Nur-ul Afida berkata demikian semasa menjadi tetamu pada Program Bual Bicara Apa Khabar Malaysia: Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Bernama TV hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hawana 2024 berkata pihaknya turut menyumbang komputer berkeupayaan tinggi dan sebuah televisyen yang boleh digunakan pelajar dalam sesi pembelajaran nanti.
Sambutan Hawana 2024 yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak, menurut Nur-ul Afida melibatkan sedikit kelainan apabila ia diadakan pada 25 hingga 27 Mei walaupun tarikh sebenar Hari Wartawan Nasional ialah pada 29 Mei setiap tahun.
"Tarikh sambutan diawalkan kerana 29 Mei adalah berdekatan dengan sambutan Hari Gawai (disambut 1 Jun) dan pihak kami mendapat sambutan baik daripada kerajaan negeri Sarawak.
"Namun sebagai agensi pelaksana Kementerian Komunikasi bagi sambutan Hawana tahun ini, Bernama telah merancang pelbagai program dan pengisiannya cukup banyak. Ia (sambutan) bukan sahaja bermula dan berakhir di Sarawak, sebaliknya akan berterusan di Semenanjung Malaysia," katanya.
Nur-ul Afida berkata sambutan Hawana akan bermula dengan program Persidangan Media Antarabangsa anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan Jamuan Makan Malam anjuran Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk pengamal media terlibat manakala kemuncak sambutan ialah pada 27 Mei.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka menghadiri Hawana 2024, yang memasuki edisi keempat tahun ini, selepas diperkenalkan di ibu negara pada 2018, dan sambutan berikutnya di Melaka (2022) dan Perak (2023).
Sambutan Hawana menjadi platform untuk pengamal media berkumpul dan membincangkan isu semasa yang dihadapi industri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024

Nur-ul Afida berkata Program Jelajah Siswa itu dilaksanakan sebagai usaha memberi pendedahan kepada pelajar jurusan berkenaan tentang industri media kewartawanan masa kini.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Pengamal media perlu pelihara etika, berintegriti sampaikan maklumat - TPM Fadillah
Pengamal media diingatkan untuk terus memelihara etika serta berintegriti dalam melaksana tugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.

HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.

SMEC akan dijadikan acara tahunan - Abang Johari
Abang Johari berkata pengamal media seharusnya menyesuaikan diri dengan proses migrasi teknologi masa kini.

Tanya AI: Melestarikan bidang kewartawanan dalam era kecerdasan buatan
"ETIKA Teras Kewartawanan Mapan" yang menjadi tema Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 sangat bertepatan dengan keadaan semasa.

HAWANA 2024: 1,000 pengamal media dirai dalam majlis makan malam
Kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara diraikan pada majlis makan malam dihoskan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar malam ini.

Teknologi AI boleh membantu dan boleh juga disalah guna - Abang Johari
Semasa teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh membantu banyak perkara dalam kehidupan seharian, pada masa yang sama ia juga boleh disalah guna.

Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.

Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.

Pulau Pinang 'gedung kelahiran' akhbar sebelum Perang Dunia Kedua
Pulau Pinang kini menjadi pemegang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM71.9 bilion pada 2023.

Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.