KUALA LUMPUR: Pengamal media diingatkan untuk terus memelihara etika serta berintegriti dalam melaksana tugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tema sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 iaitu 'Etika Teras Kewartawanan Mapan' harus menjadi kayu pengukur serta peringatan dalam memastikan maklumat disampaikan sahih dan bermanfaat selain pengamal media perlu bertanggungjawab terhadap berita dikongsi, bukan sekadar 'click-bait' semata-mata.
Beliau berkata pengamal media merupakan wira dan wirawati tidak didendang yang memainkan peranan besar dalam proses membina negara terutamanya bagi membantu menyebarkan dasar, inisiatif dan program kerajaan untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
"Pada era digital ini, dengan segalanya dapat diakses di hujung jari sahaja, saya amat mengerti cabaran bagi rakan-rakan wartawan dan pengamal media.
"Namun saya percaya anda semua mampu mendepani apa jua cabaran mendatang, sekali gus memastikan industri media di negara ini tetap kekal relevan dan menjadi pilihan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut mendoakan setiap wartawan dan pengamal media untuk terus cekal dan tabah serta sentiasa berpegang teguh kepada etika dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah diberikan.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO mewakili kepimpinan parti dari seluruh negara juga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Malaysia pada tahun 1939 sebagai penghormatan dan pengiktirafan terhadap sumbangan pengamal media.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Fadillah berkata pengamal media merupakan wira dan wirawati tidak didendang yang memainkan peranan besar dalam proses membina negara. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Pengamal media perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.

Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Kerjasama pintar, hubungan baik dengan media penting - KSN
Kerjasama pintar serta hubungan baik antara perkhidmatan awam dengan pengamal media penting dalam usaha memastikan penyampaian maklumat yang berkesan kepada rakyat.

PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Fahmi sedia dengar pandangan pengamal media cadangan pindaan Akta Mesin Cetak
Menteri Komunikasi sedia mendengar pandangan daripada pengamal media berhubung cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Pengamal media perlu bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.

MPI anjur pelbagai program perkasa pengetahuan pengamal media dalam AI - Presiden
MPI. menganjurkan pelbagai program bagi memperkasakan pengetahuan pengamal media tempatan termasuk penggunaan teknologi AI.

Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital
Kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.