GEORGE TOWN: Pulau Pinang memang terkenal sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan bangunan warisan, keunikan makanan dan pembangunan moden malah kini menjadi pemegang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM71.9 bilion pada 2023.
Namun, ramai tidak mengetahui bahawa Pulau Pinang pernah memberikan sumbangan terbesar kepada institusi percetakan dan media khususnya industri akhbar selaras dengan kemajuan teknologi media yang sedang berkembang pesat pada abad ke-19 dan ke-20 ketika itu.
Pulau Mutiara juga pernah menjadi pusat perkembangan institusi percetakan di negara ini, menyaksikan akhbar pertama yang dicetak di Malaysia dikenali sebagai The Prince of Wales Island Gazette pada 1806 adalah di negeri itu.
Wartawan veteran di Pulau Pinang, Arulldas Sinnappan yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan hampir 44 tahun berkata apabila melihat sejarah dan kajian, kebanyakkan surat khabar di Malaysia bermula di Pulau Pinang termasuk akhbar Melayu, Inggeris dan Tamil.
Beliau yang berusia 70 tahun dan memulakan kerjaya dengan akhbar Tamil Osai pada 1980, berkata penyelidikan yang dilakukan beliau ketika ini mengenai sejarah orang India sempena sambutan 100 tahun penubuhan Penang Indian Chamber mendapati Pulau Pinang pernah menjadi tools for news.
"Penang Gazette ditubuhkan pada 1923, malah semua akhbar Tamil turut berasal dari negeri ini. Kemudian, saya juga dapat tahu yang sehingga tahun 70-an sebelum penubuhan akhbar The Star, Straits Echo juga turut berasal dari Pulau Pinang iaitu surat khabarpaling disukai ramai pada ketika itu.
"Jadi, saya boleh katakan dari zaman dahulu lagi Pulau Pinang sentiasa menjadi pusat ramai pembaca berita, dalam erti kata lain Pulau Pinang ini tools for news kepada rakyatnya," katanya kepada Bernama.
Menurut Jurnal 'Pulau Pinang Bandar Percetakan Awal Negara' oleh penulis negara dan bekas pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr. Jelani Harun, terdapat puluhan akhbar dan majalah diterbitkan antara 1894 hingga 1940 sekali gus menjadi asas operasi institusi percetakan yang awal di Pulau Pinang.
Sehingga akhir Perang Dunia Kedua (1942), tidak kurang daripada 20 syarikat percetakan wujud dan beroperasi di Pulau Pinang selain kemajuan negeri ketika itu turut menjadi tarikan kemasukan pengarang serta penerbit berpengalaman dari Sumatera seperti Muhammad Yunus Abdul Hamid.
Menurut jurnal tersebut, terdapat beberapa faktor utama mendorong kemunculan negeri itu sebagai bandar percetakan awal negara termasuk menjadi sebuah Negeri-Negeri Selat yang berkembang pesat sehingga menjadi bandar dagang kosmopolitan serta moden selain Singapura.
"Kewujudan pelbagai institusi percetakan di Pulau Pinang telah memberi kesan dalam kelahiran beberapa buah akhbar dan majalah yang berpengaruh ketika itu termasuk dalam menyediakan ruangan khusus tentang bahasa dan sastera," menurut jurnal itu.
Antara akhbar yang beroperasi di Pulau Pinang sejak 1894 termasuk Tanjung Penegeri (1894) yang dicatatkan sebagai akhbar paling awal terbit di negeri berkenaan, diikuti Pemimpin Warta (1895), Chahaya Pulau Pinang (1898), Lingkungan Bulan (1900), Bintang Timur (1900), Idaran Zaman (1925), Suara Melayu (1926), Saudara (1928) dan Pemimpin Melayu (1933).
Meskipun sarat dengan sejarah akhbar konvensional, industri media di Pulau Pinang juga tidak terlepas daripada mengharungi cabaran berikutan kebanjiran berita daripada media sosial dan media digital terutama platform asing yang tidak mempunyai pengarang.
Presiden Kelab Media Mutiara Pulau Pinang Mohd Iskandar Othman berkata media turut berdepan saingan sengit khususnya dalam aspek pemberitaan bertanggungjawab di media sosial.
"Dunia kewartawanan hari ini memang sangat mencabar apatah lagi dengan kehadiran wartawan media sosial atau warga siber yang laju menyebarkan berita tanpa mempedulikan kesahihan maklumat, hanya memikirkan rating dan penonton dan dipercayai masyarakat.
"Situasi ini sudah tentu menjadi cabaran besar buat pengamal media konvensional kerana kita juga perlu cepat untuk menangkis maklumat-maklumat tersebut," katanya.
'Etika Teras Kewartawanan Mapan' telah diangkat sebagai tema Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 berlangsung pada 25 hingga 27 Mei di Kuching, Sarawak yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku agensi pelaksana.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

Ramai tidak mengetahui bahawa Pulau Pinang pernah memberikan sumbangan terbesar kepada institusi percetakan dan media khususnya industri akhbar. - Gambar fail/Bernamaa

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

MAIPk belum muktamad kadar zakat fitrah tahun ini
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) belum menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun ini.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Sasaran tiga pingat bagi Kejohanan Berbasikal Trek Asia - Harnizam
Skuad Malaysia meletakkan sasaran sederhana tiga pingat untuk Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 yang akan berlangsung di Velodrom Nasional di sini bermula 21-27 Feb ini.

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.

Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.