KUCHING: Semasa teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh membantu banyak perkara dalam kehidupan seharian, pada masa yang sama ia juga boleh disalah guna.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata teknologi itu, terutamanya melalui generatif Al, mampu melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dapat kita bayangkan sebelum ini, dan pada masa yang sama membawa cabaran sebenar kepada manusia.
Beliau memberi contoh ucapan daripada seseorang, yang boleh diubah suai daripada yang asal kepada yang palsu, semata-mata untuk memberi manfaat kepada agenda atau tujuan tertentu.
"Seperti sekarang, saya bercakap dengan anda dalam bahasa Inggeris tetapi melalui Al, ia boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa seperti Bahasa Malaysia, Mandarin, mahupun Sepanyol dalam masa nyata. Imej juga boleh dilaraskan dengan bibir anda, seolah-olah anda bercakap dalam bahasa itu.
"Masalahnya ialah untuk menentukan sama ada kandungan itu benar-benar tulen, kerana Al generatif boleh mengubah suai fakta lain untuk dimasukkan ke dalam kandungan yang tulen. Inilah cabaran sebenar. Al akan menentukan cara kita - bagaimana kita hidup, mentadbir dan berinteraksi," katanya semasa berucap di Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024, di sini hari ini.
Persidangan dua hari dengan tema "Evolusi Media dalam Era Digital," bermula hari ini dengan penyertaan kira-kira 600 peserta tempatan dan luar negara.
SMeC 2024 dianjurkan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berlangsung selama tiga hari semula semalam, dengan acara kemuncak adalah majlis perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.
HAWANA 2024 dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari 11 negara termasuk Kemboja, Indonesia, Jepun, Kuwait, Brunei, Filipina, Timor-Leste, Vietnam, China, Korea Selatan dan Qatar.
Perhimpunan wartawan Malaysia ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama kerajaan Sarawak, dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi pelaksana.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap merasmikan Persidangan Media Sarawak 2024 (SMEC 2024), hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Teknologi AI tidak kurangkan peluang pekerjaan - Timbalan menteri
Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak akan mengurangkan peluang pekerjaan kerana ia tidak akan menggantikan sepenuhnya tenaga kerja manusia, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud.