Program Food Bank Malaysia akan diperluaskan dengan menjadikan bazar Ramadan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran makanan untuk diserahkan ke kampus, surau atau masjid.
Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, projek rintis itu akan dilaksanakan pada bulan Ramadan ini di sekitar Lembah Klang bagi mengelak pembaziran makanan yang seringkali berlaku pada bulan berkenaan.
"Kaedahnya adalah kita boleh tempatkan satu kotak di mana lebihan makanan boleh diletak di situ dan kita akan ambil untuk beri sasaran kita bersahur. Kita ambil pada waktu berbuka puasa dan kita pastikan ia selamat dimakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Aidilfitri dan Food Bank Siswa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.
Saifuddin berkata selain bazar Ramadan, KPDNHEP turut menyasarkan hotel dan rumah kelab sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran makanan dengan aspek keselamatan makanan menjadi keutamaan memandangkan ia akan diberikan kepada individu yang bersahur.
"Kita perlu pastikan aspek makanan itu selamat. Kita tidak mahu makanan yang disediakan masa (berbuka) Ramadan dikaitkan dengan makanan yang tidak habis semalam, dijual pada hari ini... benda (perkara) itu akan menimbulkan potensi 'hiccup' (masalah) dan itu cuba kita elak," katanya.
Sementara itu Saifuddin berkata 382 pelajar UTM di sini menerima manfaat daripada Program Food Bank Siswa Malaysia pada peringkat pertama.
Beliau berkata pelajar berkenaan adalah mereka yang dikenalpasti layak daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
"Uniknya di UTM ini sesuai dengan bidang mereka, iaitu ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), mereka bangunkan satu pangkalan data dan penerima dikenalpasti melalui sistem 'pengecaman wajah', gambar di ambil oleh kamera dan skrin mempamerkan dia adalah penerima sah," katanya.
Menurutnya, Program Food Bank Siswa di UTM Kuala Lumpur menggunakan konsep pantri yang dibuka setiap hari kecuali hujung minggu, mengikut masa yang ditetapkan.
Setakat ini, program berkenaan sudah dilancarkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Kuala Lumpur, Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Universiti Malaya (UM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan UTM Skudai, Johor. -- Bernama
Bernama
Fri May 03 2019

Program Food Bank Malaysia akan diperluaskan dengan menjadikan bazar Ramadan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran makanan untuk diserahkan ke kampus, surau atau masjid. - BERNAMA/Fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.

Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.

Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.

Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.

Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.

PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.

Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.

Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.

Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.