MALAM tadi, kemeriahan sambutan Ramadan sudah bermula apabila umat Islam mula membanjiri masjid dan surau di seluruh negara untuk merebut peluang mengerjakan solat tarawih berjemaah.
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
Tinjauan Astro AWANI di Bazar Ramadan Kelana Jaya di Petaling Jaya, yang menjadi antara lokasi popular, mendapati, pengunjung mula datang ke bazar berkenaan seawal jam 4.30 petang sebelum.
Menjelang jam 6 petang, semakin ramai pengunjung datang malah barisan yang menunggu untuk dibenarkan masuk dianggarkan sepanjang hampir 300 meter.
JEDELA RAMADAN
Sebut sahaja Bazar Ramadan Kelana Jaya, sudah tentu pelbagai juadah yang menjadi tarikan terlintas di fikiran, antaranya nasi ambeng, popiah 'F.A.M', nasi ayam kunyit dan tepung pelitanya.
Lebih sejam penulis meluangkan masa di sini, dan didapati rata-rata masyarakat sudah mulai biasa dengan penjagaan kendiri seperti mengamalkan penjarakan fizikal ketika beratur, memakai pelitup muka serta menggunakan laluan khas disediakan.
Difahamkan lebih 170 peniaga menjual pelbagai juadah berbuka puasa di bazar ini.
Dari sudut peniaga pula, mereka amat positif dan teruja apabila negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik sekali gus memberi petunjuk pemulihan ekonomi prapandemik akan berlaku.
Peniaga teruja
"Berniaga alhamdulilah tinggal empat bungkus je nasi beriyani bang, lepas itu kami dah boleh balik.
"Insya-Allah pendapatan kembali semula, sebelum ni kalau nak masuk bazar pun pengunjung dah beratur panjang, hari ini sedikit bebas berbanding tahun lepas," jelas peniaga nasi beriyani, Mohd Zulkifli Abdul Mutalib, 32.
Ujarnya, meskipun masih ramai masyarakat yang takut untuk keluar dan membeli juadah di bazar Ramadan susulan penularan COVID-19, namun baginya keselamatan pelanggan di bazar amat dititik beratkan peniaga.
"Jangan takut-takut, boleh singgah di bazar ini, banyak gerai, dari segi keselamatan memang ada orang jaga, masuk scan MySejahtera.
"Hanya pengunjung dua dos vaksin dibenarkan, kami sebagai peniaga pun tunggu kedatangan pengunjung masuk," jelasnya lagi.
Bagi peniaga nasi tomato, Amir Hakim Rosle, 22, beliau mengharapkan penganjuran bazar Ramadan kali ini lebih meriah daripada tahun sebelumnya.
"Semangat untuk tahun ini lebihlah, sebab sekarang dah Fasa Peralihan ke Endemik kan, jadi bebas la sikit sebab tak ada kekangan orang boleh datang.
"Saya harapkan tahun ini lebih meriahlah," jelasnya ketika ditemui Astro AWANI pada Ahad.
Penggunaan CCS
Sementara itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperkenalkan Crowd Controlled System (CCS) iaitu penggunaan kamera pengesan untuk mengawal bilangan kemasukan pengunjung di Bazar Ramadan Kelana Jaya.
Menggunakan kamera dan paparan skrin di pintu masuk, setiap pergerakan masuk dan keluar pengunjung akan direkodkan.
Difahamkan hanya 300 pengunjung dibenarkan berada di kawasan bazar dalam satu-satu masa dan sekiranya melebihi had, bunyi amaran akan dikeluarkan.
Di Bazar Ramadan Kelana Jaya sahaja, sebanyak dua sistem CCS diletakkan di dua pintu masuk dan keluar, manakala satu CCS diletakkan di pintu masuk di Bazar Ramadan Kota Damansara.
Fareez Azman
Sun Apr 03 2022

Kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa. - Gambar/ Astro AWANI

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.

Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.

Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.

Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.

Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.

PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.

Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.

Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.

Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.