KEPALA BATAS: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menganjurkan Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu gangguan seksual yang perlu ditangani dengan serius.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah ini bertujuan untuk memberikan pendedahan, menyampaikan maklumat berkenaan bantuan dan perkhidmatan psikososial KPWKM serta menyebarluaskan pemakaian garis panduan dan notis antigangguan seksual kepada masyarakat.
Beliau berkata majoriti kes gangguan seksual yang dilaporkan melibatkan mangsa wanita berbanding lelaki dan isu ini harus ditangani dengan bersungguh-sungguh kerana ia boleh mendorong jenayah seksual yang lebih serius dan kesannya terhadap mangsa adalah negatif termasuk trauma dan ketakutan yang berpanjangan.
"Di samping itu, pelaksanaan Program Jerayawara Kasih KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual ini juga adalah selaras dengan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang telah berkuatkuasa pada 1 Jan, 2023 yang turut mewajibkan majikan untuk mempamerkan notis mengenai gangguan seksual di tempat kerja.
KPWKM telah membangunkan notis antigangguan seksual yang boleh dimuat turun melalui Kod QR (respon pantas) dan laman sesawang Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) untuk dipaparkan di setiap organisasi termasuk premis awam dan swasta," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas merasmikan Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual.
Program itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu serta Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Chong Eng.
"Selain itu, KPWKM telah menggubal Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840), sebagai suatu akta khusus untuk membantu mangsa tampil melaporkan kejadian gangguan seksual supaya tindakan dapat diambil dengan sewajarnya serta remedi dapat diberikan kepada mangsa.
Saya berharap dengan kebersamaan agensi kerajaan, sektor korporat, badan bukan kerajaan (NGO) serta seluruh masyarakat untuk bekerjasama agar kes gangguan seksual akan dapat dibendung dan sekali gus menyediakan persekitaran yang selamat kepada bukan sahaja wanita malahan lelaki jua termasuk kanak-kanak dan setiap lapisan masyarakat," katanya.
Sementara itu, apabila diminta pandangan mengenai kejadian seorang remaja 14 tahun yang disyaki mencekik adiknya yang berusia 9 tahun hingga mati di Melaka semalam, beliau berkata, pihaknya bersedia untuk menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada keluarga yang terkesan itu.
"Kita memang ada kaunselor yang bertauliah jika mereka memerlukan... terpulang kepada mereka...kita tidak dapat terus pergi ke rumah orang untuk memberi perkhidmatan kaunseling...terpulang kepada diri sendiri. Kita tawarkan perkhidmatan kaunseling...jadi telefon kepada talian Kasih 15999," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
Nancy berkata majoriti kes gangguan seksual yang dilaporkan melibatkan mangsa wanita berbanding lelaki dan isu ini harus ditangani dengan bersungguh-sungguh. - Gambar fail/Bernama
Pengurus projek didakwa tiga pertuduhan rasuah
Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas tiga pertuduhan menerima rasuah bernilai RM50,000 membabitkan projek pembinaan lebuh raya.
Tol musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme untuk B40, M40 - PM Anwar
Kerajaan sedang meneliti mekanisme terbaik bagi pemberian tol percuma pada musim perayaan kepada golongan B40 dan M40.
Hanya kes tertentu, JPJ boleh batal lesen memandu OKU
JPJ tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan lesen memandu individu hanya disebabkan OKU
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Penderaan kanak-kanak: Jangan rakam, lapor terus kepada pihak berkuasa
Jangan rakam video untuk media sosial jika lihat kanak-kanak didera atau diabaikan, sebaliknya hubungi pihak berkuasa atau Talian Kasih 15999.
Salur maklumat kanak-kanak perempuan hilang di Talian Kasih - Exco
Kerajaan Johor menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang Sabtu lepas kepada Talian Kasih 15999.
Program Antigangguan Seksual tingkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat
Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu gangguan seksual yang perlu ditangani dengan serius.
Bakul Prihatin Negara: 4,027 permohonan diterima sejak dibuka semalam - Rina
Sebanyak 4,027 permohonan telah diterima sejak permohonan bantuan Bakul Prihatin Negara dibuka semalam, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Maklumkan tentang warga emas tinggal bersendirian kepada Talian Kasih - Rina
Waris atau orang ramai yang mengetahui tentang warga emas tinggal bersendirian diminta memaklumkan hal itu kepada JKM bagi membolehkan pemantauan.
Ini masa 'jaga tepi kain' sesama tetangga bantu elak kes dera - Pakar psikologi
Pakar Psikologi Kanak-Kanak berkata dalam keadaan negara sedang menjalani PKP adalah masanya untuk kita benar-benar menjaga sesama kita.
Bunuh diri: Hubungi telekaunseling jika ada ahli keluarga, rakan tertekan
Sejak diwujudkan pada 26 Mac hingga 22 Nov lepas, Talian Khas Kaunseling COVID-19 menerima sebanyak 3,012 panggilan yang dihubungkan terus kepada Lembaga Kaunselor Malaysia.
Talian Kasih terima 157,000 panggilan sejak PKP - KPWKM
Talian Kasih menerima 157,000 panggilan telefon sejak kerajaan mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
PKP: Sokongan emosi berdepan ketidaktentuan, ini senarai talian psikososial
Astro AWANI senaraikan talian psikososial secara dalam talian yang diperkenalkan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi mereka yang ingin mendapatkan sokongan khidmat psikososial.
PKP: Jangan terus jadi mangsa dera, hubungi Talian Kasih dan PDRM - Ismail Sabri
Tindakan itu diambil selepas wujud kebimbangan mengenai kes penderaan domestik yang mungkin akan meningkat sepanjang tempoh PKP