KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,027 permohonan telah diterima sejak permohonan bantuan Bakul Prihatin Negara dibuka semalam, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,929 permohonan diterima melalui bilik gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 1,359 menerusi Talian Kasih dan 739 daripada aplikasi WhatApps.
"Walaupun pada asalnya bantuan Bakul Prihatin Negara ini dijadualkan bermula pada 19 Julai, tetapi saya mengambil tindakan proaktif untuk turun menyampaikan bantuan ini lebih awal melihat kepada jumlah permohonan yang diterima," katanya ketika menyampaikan bantuan tersebut di Kampung Datuk Keramat dan Wangsa Maju di sini, hari ini.
Rina berkata bantuan secara menyeluruh itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat sama ada daripada kumpulan M40, B40, atau T20.
"Kita sedar ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan sesiapa yang memerlukan bantuan bakul makanan boleh menghubungi Talian Kasih 15999, WhatApps 019 2615999, pejabat JKM daerah berdekatan atau menerusi media sosial rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)," katanya.
Rina berkata bantuan ini adalah kesinambungan daripada pakej rangsangan yang diumumkan sebelum ini seperti PERMAI dan PEMULIH dan kira-kira 1.5 juta bakul makanan telah diagihkan kepada penerima melalui JKM sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.
Seorang penerima Safrizal Muin, 62, pemandu lori yang hilang pekerjaan sejak PKP 1.0, berkata beliau terkejut apabila menerima panggilan yang menyatakan bantuan akan disampaikan sendiri oleh menteri.
"Saya berasa terharu dengan pemberian ini. Setelah hilang pekerjaan, pendapatan kami sekeluarga bergantung kepada hasil jualan nasi lemak isteri saya dan empat anak saya menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan," katanya yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan kini hanya bergerak dengan mengunakan kerusi roda.
Seorang ibu tunggal, Low Pui Fun, 47, berkata beliau baru membuat permohonan semalam dan teruja apabila bantuan disampaikan dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
"Apabila mendengar pengumuman Perdana Menteri semalam, saya cuba untuk membuat permohonan, tidak sangka bantuan diterima secepat ini. Banyak jenis makanan diberikan, saya boleh tukar selera, sebelum ini hanya makan telur sahaja," katanya yang sudah setahun diberhentikan kerja.
Bantuan disampaikan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan setiap bakul makanan bernilai RM50 itu mengandungi beras, gula, tepung gandum, bihun, kicap, sardin, biskut, kopi dan garam.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan program itu sebagai tindak balas proaktif terhadap senario dihadapi rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 membabitkan peruntukan RM21 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021

Datuk Seri Rina Mohd Harun (kiri) menyampaikan sumbangan Bakul Prihatin kepada Safrizal Muin, 62, (kanan) ketika melakukan tinjauan dan pemantauan proses pengagihan Bakul Prihatin Negara di Kampung Datuk Keramat hari ini. - Foto BERNAMA
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Hentikan tohmahan, KPWKM terbuka terima cadangan tambah baik BPN
Pelaksanaan program bantuan itu dibuat secara tertib dan teratur berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bakul Prihatin Negara: 4,027 permohonan diterima sejak dibuka semalam - Rina
Sebanyak 4,027 permohonan telah diterima sejak permohonan bantuan Bakul Prihatin Negara dibuka semalam, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

COVID-19: Lebih RM173.4 juta peruntukan bakul makanan setakat Julai - PM
Inisiatif yang sedang digerakkan itu dijangka memanfaatkan lebih 9.26 juta penerima dengan keseluruhan jumlah bakul makanan dianggarkan sebanyak 2.3 juta.