SHAH ALAM: Profesor Kejuruteraan Elektrikal dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Profesor Dr M A Hannan mendapat pengiktirafan sebagai saintis paling berpengaruh di dunia daripada Clarivate Analytics melalui laporan Highly Cited Researchers™ 2022.
Pengiktirafan itu diberikan susulan hasil penerbitan kajiannya yang signifikan dalam bidang kejuruteraan terutama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui serta tersenarai dalam kedudukan teratas satu peratus sitasi (Top 1%) dalam tempoh 11 tahun iaitu dari Januari 2011 hingga Disember 2021.
Beliau merupakan di antara penyelidik yang terhebat daripada 69 negara yang mendapat pengiktirafan tersebut.
M A Hannan secara konsisten telah menerbitkan 255 artikel yang di indeks ‘Web of Science’ dengan jumlah sitasi 7,911.
“Penghormatan dan pengiktirafan ini diharap akan menjadi satu inspirasi kepada lebih ramai penyelidik dari Uniten untuk sentiasa tekun menjalankan penyelidikan yang akan membuahkan hasil penerbitan jurnal berimpak tinggi, sekali gus mengharumkan nama negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, Naib Canselor Uniten, Profesor Ir Dr Noor Azuan Abu Osman mengucapkan tahniah di atas kejayaan berkenaan dan menyifatkan kejayaan itu telah meletakkan Uniten di persada global dalam kecemerlangan penyelidikan saintifik.
Senarai saintis paling berpengaruh dunia itu telah disusun oleh pakar bibliometrik dari Institut Maklumat Saintifik, Clarivate.
Ia menggunakan 'InCites Benchmarking & Analytics™, Essential Science Indicators™’ dan kompilasi unik metrik prestasi sains dan tren data berdasarkan kiraan penerbitan kertas ilmiah dan data sitasi daripada Web of Science™, iaitu platform kepakaran penyelidikan dan penerbit indeks sitasi terbesar di dunia.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Nov 18 2022

Profesor Dr M A Hannan mendapat pengiktirafan sebagai saintis paling berpengaruh di dunia daripada Clarivate Analytics melalui laporan Highly Cited Researchers' 2022. - Gambar SINAR HARIAN

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Profesor Uniten disenarai saintis paling berpengaruh di dunia
Profesor Dr M A Hannan mendapat pengiktirafan daripada Clarivate Analytics melalui laporan Highly Cited Researchers' 2022.