MIRI: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengakui persaingan sengit perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan bandar terutamanya melibatkan pengundi majoriti masyarakat Cina dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Setiausaha Agungnya Datuk Sebastian Ting berkata antara kawasan bandar yang menjadi tumpuan dan penuh dengan cabaran ialah di Pujut, Senadin, Piasau, Batu Kawa, Kota Sentosa, Padungan, Batu Kitang, Pending dan Batu Lintang.
"Di seluruh Sarawak, semua kawasan yang pengundinya majoriti Cina dijangka menghadapi tentangan sengit dan mencabar termasuk kesemua 18 kerusi yang ditandingi oleh SUPP," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sepakat@Komuniti anjuran Jabatan Penerangan di sini hari ini.
Katanya politik tidak boleh diramal, tetapi yang pasti kesemua calon dari SUPP akan terus menabur bakti selaras dengan objektif utama penubuhan parti itu sejak 1959 yang akan turun padang berkhidmat untuk rakyat.
"Kami semua sangat komited, bekerja keras dan tidak pernah mengalah kerana SUPP adalah parti yang berorientasikan perkhidmatan. Rakyat akan tentukan dan kita akan lihat berapa banyak sokongan yang kami terima," katanya
Ketika ditanya mengenai Datuk Bandar Miri, Adam Yii yang menjadi calon baharu bertanding di Pujut, Sebastian berkata beliau yakin dengan keupayaan Yii untuk merampas kembali kerusi terbabit daripada DAP yang memenanginya pada PRN Sarawak ke-11.
"Tentunya kami di SUPP gembira apabila Datuk Bandar Miri Adam Yii adalah calon di DUN Pujut. Kami perlu berjuang bersama-sama bagi membawa kejayaan untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS)," tambahnya.
Pada PRN11 kerusi DUN Pujut dimenangi Dr Ting Tiong Choon daripada DAP. Dr Ting kemudian dilucutkan kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Mei 2017, kerana memiliki dua kewarganegaraan iaitu Australia dan Malaysia.
Pada PRN11, SUPP menang tujuh kawasan DUN iaitu Simanggang yang dimenangi Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Seri Huang Tiong Sii (DUN Repok), Lo Khere Chiang (Batu Kitang), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (Batu Kawah), Datuk Ding Kuong Hiing (Meradong), Sebastian (Piasau), serta DUN Senadin yang dimenangi oleh Datuk Seri Lee Kim Shin.
GPS merangkumi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), SUPP dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 18 Dis ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak, penamaan calon pada 6 Dis manakala pengundian awal pula ditetapkan pada 14 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 04 2021

Antara kawasan bandar yang menjadi tumpuan dan penuh dengan cabaran ialah di Pujut, Senadin, Piasau, Batu Kawa, Kota Sentosa, Padungan, Batu Kitang, Pending dan Batu Lintang.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PRU15: Tiada istilah kerusi tumpuan, SUPP mahu menang di semua tujuh kerusi- Dr Sim
SUPP mengesahkan kekal bertanding di semua tujuh kerusi tradisi parti itu tanpa sebarang perjanjian pertukaran di saat akhir antara komponen parti lain yang bersama di bawah naungan GPS.

'Nama saya dicalonkan parti di Parlimen Bandar Kuching tetapi...' - Eric Tay
Malah nama Eric telah dihantar kepada Jawatankuasa Pusat Pilihan Raya Parlimen SUPP bulan lalu sebelum diputuskan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

PRU15: SUPP mampu menang tujuh kerusi tradisi - Abang Jo
Pencapaian yang cemerlang SUPP semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 lalu bukti kejayaan parti tertua di Sarawak itu kembali mendapatkan keyakinan rakyat khasnya komuniti Cina di negeri itu.

Tembok Kota Sentosa 'runtuh' selepas tiga penggal
Selepas tiga penggal mencuba, akhirnya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berjaya menawan Kota Sentosa pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).

PRN Sarawak: Dr Sim tidak akan 'tengok saja' Batu Kawah
Kui Hian menang dengan majoriti 5,393 undi selepas memperolehi 7,827 undi menewaskan tiga pencabarnya.

SUPP kini bersaing dengan beberapa parti lagi untuk raih sokongan kaum Cina
Kali ini SUPP akan bertanding di 18 kerusi, dengan 15 daripadanya memiliki majoriti kaum Cina dan tiga lagi kawasan majoriti Dayak.

PRN Sarawak: Jangan mainkan isu perkauman - Dr Sim
Tiada tempat untuk isu kehormanion kaum dijadikan modal kempen pilihan raya di Sarawak, kata Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian

PRN Sarawak: PSB mahu perubahan, SUPP kata perlu realistik
Soon Koh menjelaskan misinya hanya satu untuk memastikan sentimen perubahan yang didengarinya dan dimahukan rakyat dapat direalisasi.

PRN SARAWAK: SUPP akui persaingan sengit kerusi DUN kawasan bandar
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengakui persaingan sengit perebutan kerusi DUN di kawasan bandar terutamanya melibatkan pengundi majoriti masyarakat Cina dalam PRN12.

PRN Sarawak: SUPP serah 20 nama kepada Abang Jo - Dr Sim
Presiden SUPP Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata mengikut tradisi, SUPP bertanding di 20 kerusi pada PRN.