KUCHING: Keputusan untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 ketika tempoh pandemik adalah satu keputusan yang sukar bagi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Katanya, situasi unik ini berlaku julung kalinya di dalam sejarah Sarawak di mana Kerajaan Negeri perlu mendapatkan mandat baharu dalam masa yang sama mentadbir dan melaksanakan strategi menangani wabak.
“Sudah tentu (sukar).. kita perlu melibatkan semua pihak.
“Kesihatan orang ramai juga penting dan pada masa yang sama kita mesti mengamalkan proses demokrasi kita supaya apabila kita membuat keputusan, kita dapatkan input daripada semua pihak berkepentingan seperti yang saya katakan tadi,” katanya semasa Sidang Media Khas di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat.
Sementara itu, Abang Johari turut memaklumkan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menjadi Kerajaan Interim di mana ia adalah transisi biasa yang berlaku sebelum Kerajaan baharu terbentuk.
“(Sebagai Kerajaan Interim), kita tidak boleh membuat apa-apa keputusan besar sebab itulah mandat perlu dikembalikan kepada rakyat.
“Walaupun semasa Darurat tanpa sebarang mandat, kita tidak boleh membuat apa-apa keputusan besar kita hanya mentadbir negara sebagaimana adanya.
“Kerana apa yang penting kita mahu pulih daripada pandemik. Jadi apabila kita mendapat mandat maka barulah kita boleh memulakan pelaksanaan dasar kita,” jelasnya lagi.
Antara lain, Abang Jo turut memberitahu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar akan memaklumkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pembubarannya sebagai prosedur.
“Sebabnya (DUN) dah terbubar berkuat kuasa 3 November lalu kerana ini adalah situasi unik di mana Yang di-Pertuan Agong telah mengangkat Proklamasi Darurat dan secara automatik ia terbubar. Tapi untuk mematuhi prosedur, Speaker kita akan maklumkan kepada SPR juga,” katanya.
Fadilah Sulaiman
Fri Nov 05 2021
![PRN Sarawak ketika pandemik, ini keputusan sukar - Abang Jo PRN Sarawak ketika pandemik, ini keputusan sukar - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636078143_AbangJo.jpg)
Jelas Abang Johari apa yang penting Sarawak mahu pulih daripada pandemik dan mandatrakyat perlu diperbaharui bagi memulakan pelaksanaan dasar berkaitan. - Foto Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Cukuplah bermain politik, ini masa untuk balas kepercayaan pengundi - Dr Sim Cukuplah bermain politik, ini masa untuk balas kepercayaan pengundi - Dr Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613375896_DrSimKuiHian.jpg)
Cukuplah bermain politik, ini masa untuk balas kepercayaan pengundi - Dr Sim
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menggesa seluruh ahli SUPP untuk berhenti bermain politik, sebaliknya fokus untuk bekerja bagi membalas kepercayaan pengundi.
![PRN Sarawak: Cadangan pembangunan penempatan baharu untuk Melayu Vaie hampir berjaya PRN Sarawak: Cadangan pembangunan penempatan baharu untuk Melayu Vaie hampir berjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637840636_TemenggungRosli.jpg)
PRN Sarawak: Cadangan pembangunan penempatan baharu untuk Melayu Vaie hampir berjaya
Kepesatan pembangunan yang berlaku di bandar Bintulu ketika ini menyaksikan beberapa kawasan mengalami kepadatan penduduk yang tinggi.
![PRN Sarawak ketika pandemik, ini keputusan sukar - Abang Jo PRN Sarawak ketika pandemik, ini keputusan sukar - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636078143_AbangJo.jpg)
PRN Sarawak ketika pandemik, ini keputusan sukar - Abang Jo
Situasi unik ini berlaku julung kalinya di dalam sejarah Sarawak di mana Kerajaan Negeri perlu mendapatkan mandat baharu dalam masa yang sama mentadbir dan melaksanakan strategi menangani wabak.
![Pimpinan PN Sarawak perlu hormati pendirian GPS - Penganalisis Politik Pimpinan PN Sarawak perlu hormati pendirian GPS - Penganalisis Politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612915863_DrJeniriAmir.jpg)
Pimpinan PN Sarawak perlu hormati pendirian GPS - Penganalisis Politik
Sebaliknya sokongan diberikan hanya untuk mengukuhkan kerajaan di peringkat Persekutuan bukannya di peringkat negeri.
![GPS konsisten sokong pihak yang perjuang hak Sarawak - Penganalisis GPS konsisten sokong pihak yang perjuang hak Sarawak - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629105699_ProfMadyaDrAwa.jpg)
GPS konsisten sokong pihak yang perjuang hak Sarawak - Penganalisis
Gabungan Parti Sarawak (GPS) memiliki 18 kerusi di Dewan Rakyat dan jumlah itu boleh menjadi penentu siapa yang memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
![DUN Sarawak: Pembubaran digantung sehingga tamat darurat - Speaker DUN Sarawak: Pembubaran digantung sehingga tamat darurat - Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619792085_SarawakDUNBuilding.jpg)
DUN Sarawak: Pembubaran digantung sehingga tamat darurat - Speaker
Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang matang hari ini dilanjutkan sehingga proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos depan.
![GPS berfungsi sebagai kerajaan interim jika tempoh darurat dilanjutkan - Penganalisis GPS berfungsi sebagai kerajaan interim jika tempoh darurat dilanjutkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610429765_ProfMadyaDrAwa.jpg)
GPS berfungsi sebagai kerajaan interim jika tempoh darurat dilanjutkan - Penganalisis
Kerajaan negeri Sarawak yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih boleh berfungsi sebagai kerajaan interim bagi memerintah negeri itu sekiranya tempoh darurat terpaksa dilanjutkan.
![PBB aktifkan pasukan kawal selia media sosial PBB aktifkan pasukan kawal selia media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608970879_DATUKIDRISBUANG.jpg)
PBB aktifkan pasukan kawal selia media sosial
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengaktifkan satu pasukan khas bagi mengawal penyebaran berita palsu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607007357_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Sarawak Memilih: GPS yakin pegang mandat seterusnya - Masing Sarawak Memilih: GPS yakin pegang mandat seterusnya - Masing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/81582881381_JamesJemutMasing.jpg)
Sarawak Memilih: GPS yakin pegang mandat seterusnya - Masing
Dengan kerjasama setiap komponen dibawah Gabungan Parti Sarawak (GPS), kejayaan itu tidak mustahil untuk dicapai.