KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu buktikan ia bukan sahaja relevan tetapi boleh diharapkan untuk menjaga rakyat.
Justeru presidennya Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menggesa seluruh ahli parti itu untuk berhenti bermain politik, sebaliknya fokus untuk bekerja bagi membalas kepercayaan pengundi.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri menegaskan aspirasi rakyat mesti ditunaikan bagimembuktikan SUPP bukan sahaja relevan tetapi boleh diharapkan untuk menjaga rakyat.
"Saya mahu semua pemimpin bertindak dan bekerja sebagai pemimpin sebenar, berhenti bermain politik, masa untuk berpolitik sudah tiada, sekarang masa untuk menjalankan tanggungjawab, masa untuk kerja.
"Kita tidak perlukan ahli yang hanya pandai berkata-kata, mulut cakap sayang parti tetapi hati mengatakan sebaliknya, " tegasnya semasa berucap pada Persidangan Tahunan Perwakilan SUPP 2021 di Dewan Sa'ati Ibu Pejabat SUPP pada Ahad.
Tambahnya, SUPP akan terus melangkah dengan pelbagai transformasi termasuk perancangan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-13 (PRN13) yang akan diadakan pada 2027.
"Kita perlu memandang jauh ke hadapan, tahun 2027 dengan jangkaan beberapa kerusi baharu, ya akan ada kerusi baharu, jadi kita harus memikirkan dan bertindak bermula dari sekarang, banyak kerja yang akan dilakukan.
"Melihat kepada pencapaian PRN12, rakyat menolak parti dari Semenanjung, malah SUPP juga menang dengan pengundi Cina kembali menyokong SUPP, jika kita berjaya melakukannya (pada PRN12) kita mampu mengulanginya kelak pada masa akan datang," katanya.
Kata Dr Sim, parti perlu berubah mengikut peredaran zaman sekiranya tidak mahu hilang sokongan daripada rakyat seperti yang berlaku kepada parti pembangkang.
"Kita akan terus melakukan transformasi parti dan usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak, kita bergerak dalam satu pasukan untuk parti dan untuk Sarawak, bukan untuk kepentingan individu dan cawangan semata-mata,"ujarnya.
Shafik Ahmad
Sun Jan 16 2022
![Cukuplah bermain politik, ini masa untuk balas kepercayaan pengundi - Dr Sim Cukuplah bermain politik, ini masa untuk balas kepercayaan pengundi - Dr Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613375896_DrSimKuiHian.jpg)
Dr Sim menggesa seluruh ahli SUPP untuk memberi tumpuan kepada PRN-13 dengan jangkaan berlaku penambahan kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) - Facebook/Dr Sim Kui Hian
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![PRU15: SUPP hampir pasti tidak pertaruh ADUN, beri peluang muka baharu - Dr Sim PRU15: SUPP hampir pasti tidak pertaruh ADUN, beri peluang muka baharu - Dr Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654327986_TBdrsim.jpg)
PRU15: SUPP hampir pasti tidak pertaruh ADUN, beri peluang muka baharu - Dr Sim
Jelas Dr Sim berkemungkinan besar ADUN dari SUPP tidak bertanding untuk kerusi parlimen kerana parti itu mempunyai ramai individu yang mahu menyumbang dan memikul tanggungjawab wakil rakyat.
![SUPP wujudkan unit muda dan sayap puteri bagi tarik golongan belia SUPP wujudkan unit muda dan sayap puteri bagi tarik golongan belia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642327390_SUPP.jpg)
SUPP wujudkan unit muda dan sayap puteri bagi tarik golongan belia
SUPP tidak akan mewujudkan sayap baharu sebaliknya mewujudkan unut muda bagi menarik penyertaan belia berusia 18 hingga 28 tahun.
![Cukuplah bermain politik, ini masa untuk balas kepercayaan pengundi - Dr Sim Cukuplah bermain politik, ini masa untuk balas kepercayaan pengundi - Dr Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613375896_DrSimKuiHian.jpg)
Cukuplah bermain politik, ini masa untuk balas kepercayaan pengundi - Dr Sim
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menggesa seluruh ahli SUPP untuk berhenti bermain politik, sebaliknya fokus untuk bekerja bagi membalas kepercayaan pengundi.
![PRN Sarawak: Datuk Bandar Miri sedia bertanding di DUN Pujut PRN Sarawak: Datuk Bandar Miri sedia bertanding di DUN Pujut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637995878_ADAMTANDINGDUNPUJ.jpg)
PRN Sarawak: Datuk Bandar Miri sedia bertanding di DUN Pujut
Adam Yii Siew Sang yang juga Pengerusi SUPP cawangan Pujut menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk kepimpinan parti demi meneruskan perjuangan membela nasib rakyat di kawasan berkenaan.