KOTA SAMARAHAN:Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengaktifkan satu pasukan khas bagi mengawal penyebaran berita palsu.
Ia sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang akan diadakan kurang lapan bulan dari sekarang.
Menurut Ketua Penerangan PBB, Datuk Idris Buang, kawalan penyebaran berita palsu amat penting dalam memastikan integriti sesuatu laporan sekali gus membentuk persepsi rakyat.
“Penubuhan ini membantu kita (PBB) untuk menyebar maklumat yang tepat, memerangi berita palsu yang selalu dimainkan oleh pihak pembangkang.
“Ini kerana mereka (pembangkang) memang selalu memberi kritikan yang tidak membina serta suka memainkan isu tiada kemajuan di kawasan pedalaman dan sebagainya,” kata Idris.
Idris berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Karnival Sukan Saberkas 2.0 di Dewan Masyarakat Kampung Melayu Kota Samarahan.
Tambahnya, media sosial memainkan peranan penting dalam memberi fakta yang tepat dan sahih.
“Kebiasaannya maklumat seperti ini mudah diakses menerusi aplikasi Whatsapp, Facebook dan sebagainya.
“Namun kini kita sudah ada pelbagai sumber yang boleh dipercayai seperti TV Sarawak, UKAS malah Jabatan Penerangan pun memainkan peranan utama dalam membanteras penyebaran berita palsu ini,” tambahnya.
Astro Awani
Sat Dec 26 2020
Media sosial memainkan peranan penting dalam memberi fakta yang tepat dan sahih.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Manmohan Singh, Arkitek ekonomi India, meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Hukuman sebat: Terengganu laksana hukuman pertama hari ini
Terengganu bakal laksana hukuman sebatan luar penjara pertama terhadap seorang pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang selepas solat Jumaat hari ini.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
[SEMAK FAKTA]: Palsu! Dakwaan nahas pesawat Garuda Indonesia di Iran tular di media sosial
Satu video menunjukkan kapal terbang yang terhempas ketika mendarat dan para penumpang dipindahkan dari pesawat, telah ditonton ratusan ribu dengan dakwaan bahawa ia menunjukkan nahas sebuah pesawat.
Kenyataan putus hubungan dengan Pas, Bersatu adalah palsu - UMNO Johor
Sebelum ini tular kenyataan media yang mendakwa pihak UMNO Johor mengisytiharkan untuk tidak mempunyai hubungan dengan Pas dan Bersatu.
Semak fakta: Berita palsu berkenaan PM, Presiden PKR letak jawatan
Astro AWANI tidak pernah mengeluarkan sebarang hantaran sedemikian di laman sosial atau mana-mana platformnya.
Lagi kenyataan media palsu, Presiden UMNO pula didakwa letak jawatan
Surat yang menggunakan logo UMNO selain tertera nama Setiausaha Agung itu mendakwa Zahid Hamidi letak jawatan sebagai Presiden parti.
Mesej tular 'tambahan 500,000 vaksin Sinovac kepada rakyat Selangor' adalah palsu
Kenyataan rasmi hanya akan dikeluar oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari atau Dr Siti Mariah.
Video tular tunjuk Empangan Sibol pecah tidak benar
Sebuah video yang tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mendakwa Empangan Sibol di Kota Tinggi pecah adalah tidak benar.
PBB aktifkan pasukan kawal selia media sosial
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengaktifkan satu pasukan khas bagi mengawal penyebaran berita palsu.
#SemakFakta: Tiada jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia
Maklumat itu boleh menimbulkan kekeliruan serta kebimbangan masyarakat serta mengganggu proses Pilihan Raya Negeri Sabah.
Berhenti sebarkan statistik palsu kes COVID-19 di Kuching - Uggah
Polis diminta siasat penularan statistik palsu kes positif COVID-19 di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching.
Jabatan Perdana Menteri tiada akaun Telegram
Jabatan Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang akaun Telegram sebaliknya hanya memiliki empat media sosial.