Berdasarkan situasi semasa di Sabah, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan disarankan (PKPD) segera dilaksanakan, khususnya di lokasi yang mencatatkan peningkatan atau jumlah jangkitan COVID-19 yang tinggi.
Pakar Kesihatan Awam, Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, jika keadaan benar-benar memaksa, tindakan penangguhan pilihan raya negeri itu perlu diambil.
"Dalam konteks situasi sekarang, lebih praktikal adalah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat di lokasi terlibat.
"Penting juga untuk pihak berkuasa menyediakan satu prosedur operasi standard (SOP) yang jelas bagi orang ramai yang akan keluar mengundi nanti.
"Jika keadaan benar-benar memerlukan, perlu ada saranan untuk pilihan raya ditangguhkan," katanya ketika muncul dalam program Buletin AWANI, pada Khamis.
Kata Dr Malina, untuk menutup semua aktiviti perniagaan dan pusat pendidikan di seluruh negeri, ia sedikit sukar kerana ia perlu diseimbangkan dengan konteks kesihatan awam dan keperluan meneruskan kehidupan.
"Jika PKPD dilaksanakan, semua aktiviti perniagaan, sekolah dan pusat pengajian juga perlu ditutup. Tetapi pendapat saya, ia lebih sesuai dilakukan di tempat di mana terdapatnya kluster," ujarnya.
Beliau juga mengingatkan COVID-19 sehingga kini belum menunjukkan tanda-tanda akan reda, dengan beberapa negara mencatatkan peningkatan kes malah negara seperti Perancis dan United Kingdom kini berhadapan gelombang kedua.
"Kita sekarang berhadapan dengan situasi kritikal kerana mengikut polar sejak 10 hari lalu, kes aktif menunjukkan peningkatan, berbanding semasa tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) sepanjang Jun lalu.
BACA SEMUA MENGENAI COVID-19 DI SINI:
Madiha Abdullah
Thu Sep 24 2020

Jika keadaan benar-benar memaksa, tindakan penangguhan pilihan raya negeri itu perlu diambil.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PRN Sabah: Pengundi teruja buang undi walaupun berdepan COVID-19
Pengundi hendaklah ingat perlu pakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan sentiasa memastikan tangan kita bersih.

Sabah negeri kaya, tetapi rakyat antara termiskin. Di mana silapnya?
Sabah penyumbang kelima terbesar KDNK, tetapi mencatatkan kadar pengangguran tertinggi, serta pertumbuhan gaji median bulanan antara terendah.

PRN Sabah: Saya mahu terus bantu mereka kerana saya sayang orang Kota Belud
Menjalankan perniagaan gajet dan telefon bimbit merupakan cita-cita buat seorang anak muda dari Kota Belud ini.

Derita sekampung satu perigi, penduduk tagih perubahan yang belum pasti
Lebih 200 penduduk kampung mengharapkan bekalan air dari sebuah perigi, yang belum tentu tahap kebersihannya.

PRN Sabah: Bilis kampung Limau-Limauan 'laku keras' hingga ke Sarawak, Brunei
Komuniti Maritim di Kampung Limau-Limauan cukup terkenal dengan produk ikan bilis hingga mendapat permintaan dari Sarawak dan Brunei Darussalam.

PRN Sabah: Ketepi politik, Hari Malaysia disambut meriah penduduk Kampung Sim-Sim
Mereka juga turut bekerjasama menghias pondok jambatan sempena Pertandingan Menghias Pondok Jambatan Kampung Sim-Sim.

PRN Sabah: 80 peratus pentingkan isu alam sekitar - Tinjauan WWF Malaysia
Tinjauan melibatkan seramai 1,239 responden daripada pelbagai kumpulan usia dan latar belakang menerusi menerusi media digital dan khidmat pesanan ringkas (SMS).