Norma baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) adalah antara keutamaan dan mesti diambil serius oleh semua pihak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom berkata penambahbaikkan terhadap SOP pengendalian pilihan raya dalam situasi COVID-19 akan dilakukan berasaskan keadaan semasa di Sabah yang menyaksikan pilihan raya negeri ke-16 melibatkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan.
Berbekal pengalaman mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini, Pahang pada awal Julai dan Slim, Perak pada 29 Ogos sewaktu negara berdepan wabak COVID-19, beliau berkata SPR giat melakukan persiapan bagi mengendalikan pilihan raya mengejut Sabah dengan memastikan protokol kesihatan dan keselamatan bagi proses pilihan raya itu berjalan lancar.
"Di Sabah mungkin berbeza... hari penamaan calon belum tiba lagi dan kita tiada kuasa lagi ketika ini. Apabila kempen bermula, ia akan berbeza berasaskan situasi di Sabah sendiri. Saya harap rakyat sedar bahawa ketika ini paling penting adalah keselamatan orang ramai," katanya dalam wawancara bersama Bernama di sini.
Azmi berkata aspek terpenting adalah calon, jentera parti serta pengundi mengutamakan keselamatan kesihatan dan kebersihan semasa menunaikan tanggungjawab demokrasi itu.
"Saya ingin tekankan di sini, bagi calon terlibat, SOP yang ada sekarang adalah terhad dari segi bilangan orang yang boleh datang mendengar ceramah, tempat ceramah juga mesti boleh dikawal. Ada pemeriksaan suhu orang ramai, nama dicatatkan bagi memudahkan pengesanan kontak.
"Maksimum 250 orang berasaskan keluasan tempat. Kalau tempat itu kecil bermakna bilangan (yang hadir) juga kecil. Tidak boleh bersalam dan berpeluk dengan orang ramai. Rombongan besar-besaran seperti dulu tidak dibenarkan. Ini adalah norma baharu bagi setiap calon apabila mereka berkempen. Selagi COVID-19 masih ada, kita perlu prihatin," tegas beliau.
PRN Sabah ditetapkan pada 26 Sept manakala hari pencalonan pada 12 Sept dan pengundian awal pada 22 Sept dengan sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi.
Bagi melancarkan hari pengundian, Azmi berkata SPR akan mengedar kad pengundi kepada semua pemilih berdaftar, yang antara lain mengandungi maklumat nama pengundi, pusat mengundi, saluran mengundi serta cadangan masa yang digalakkan datang untuk mengundi.
Sambil berharap pengundi dapat menuruti syor masa untuk menunaikan tanggungjawab mereka, beliau berkata tindakan itu akan membantu mengelakkan kesesakan di pusat-pusat mengundi.
"Kita ada pengalaman di PRK Chini dan setakat ini kami bersyukur tidak ada kluster Chini dikesan COVID-19, selepas ini PRK Slim. Banyak penambahbaikkan daripada aspek prosedur operasi standard yang dibincangkan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.
Menyentuh SOP bagi PRK Slim yang ditambah baik berbanding PRK Chini, Azmi berkata SPR memberi penekanan kepada kekerapan melakukan sanitasi sebaik pengundi memasuki tempat mengundi sehinggalah keluar dari kawasan mengundi.
Antara SOP berkenaan ialah, pengundi perlu mensanitasi tangan apabila mula memasuki kawasan pusat mengundi, menuju ke bilik mengundi, selepas mencelup jari dalam dakwat dan terakhir sebelum keluar dari bilik mengundi.
"Saya yakin dengan cara ini masa yang digunakan tidak akan melebihi masa biasa yang diambil SPR untuk jalankan PRK ketika tiada COVID-19. Pengalaman di PRK Chini dan PRK Slim akan digunakan di Sabah," katanya.
Menegaskan bahawa SPR akan memastikan pengendalian pilihan raya mematuhi SOP ditetapkan MKN dan KKM serta disesuaikan mengikut keadaan semasa, Azmi berkata isu kesihatan awam menjadi keutamaan SPR.
"Kalau ada perubahan kita kena lebih tegas lagi, mungkin proses sanitasi dilakukan enam kali, mungkin kena juga pakai sarung tangan... ini adalah SOP kita dan kalau tiada perubahan yang serius, kita akan guna SOP ini di Sabah. Isu kesihatan awam ini sentiasa berubah dan kita harus berkebolehan untuk menyesuaikan dengan keadaan," katanya.
Bagi mengendalikan PRN Sabah, yang dianggarkan memerlukan peruntukan RM186 juta, seramai 30,540 petugas dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya yang menyediakan 741 buah pusat mengundi dengan 2,540 saluran.
Azmi berkata sebanyak 332 saluran baharu disediakan termasuk saluran khusus buat lebih 12,000 warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 23 2020

SPR giat melakukan persiapan bagi mengendalikan pilihan raya mengejut Sabah dengan memastikan protokol kesihatan dan keselamatan bagi proses pilihan raya itu berjalan lancar.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Sabah Memilih: SPR akan perketat SOP
Laluan khas akan disediakan bagi golongan warga emas berusia 70 tahun ke atas.

Profesor UM cabar kesahihan Akta Hasutan 1948
Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Azmi Sharom memfailkan permohonan untuk mengkaji semula perlembagaan Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen hari ini.

Akta Hasutan: Kes Azmi Sharom akan disemak semula - Gani Patail
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, keputusan mengenai penyemakan semula itu juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.