Jabatan Peguam Negara akan menyemak semula kes dakwaan Akta Hasutan terhadap Prof Madya Dr Azmi Sharom termasuk beberapa lagi kes lain yang dipertuduh di bawah akta yang sama.
Menurut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan pada Selasa, keputusan mengenai penyemakan semula itu juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
"Jabatan ini menegaskan bahawa amalan ini adalah prosedur biasa yang dilakukan bagi mana-mana pendakwaan supaya tanggungjawab yang dilaksanakan adalah sentiasa adil, telus dan saksama," katanya.
Jelas beliau, Jabatan Peguam Negara prihatin terhadap apa jua isu atau kebimbangan yang dilahirkan berhubung mana-mana kes yang telah diputuskan untuk pendakwaan oleh pihaknya.
Justeru itu, Abdul Gani berkata adalah menjadi amalan bagi jabatan tersebut untuk menyemak semula mana-mana kes berkaitan.
"Jabatan Peguam Negara sentiasa komited untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berlandaskan undang-undang dalam mendakwa kes-kes jenayah dengan adil, saksama, telus dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," tambahnya.
Pada 2 September lalu, Dr Azmi Sharom yang merupakan Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan disabitkan dengan pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
Dr Azmi, bagaimanapun, mengaku tidak salah terhadap pertuduhan menghasut berhubung krisis perlembagaan Perak 2009, 15 Ogos lalu dan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Dr Azmi didakwa kerana kenyataannya di dalam sebuah artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu), yang diterbitkan sebuah portal berita pada 14 Ogos.
Haider Yutim
Tue Sep 09 2014

Beberapa kes lain yang dipertuduh di bawah akta yang sama turut akan disemak - Gani Patail. Gambar fail
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar
Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta tiga pihak lain.

Tempoh kuarantin bagi pengembara dikurangkan lima hari - Khairy
Ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR perlu dijalankan dua hari sebelum berlepas dengan keputusan negatif COVID-19.

Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara
Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhamad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.

Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.

Badan kehakiman wajib dilihat bebas, tidak dipengaruhi - Penganalisis
Pelantikan Peguam Negara yang diamalkan sebelum ini memberi persepsi bahawa ada perana Perdana Menteri di dalamnya.

Najib akan failkan saman fitnah terhadap Tommy Thomas, penerbit - Peguam
Perkara itu disahkan oleh peguam bekas perdana menteri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Wilayah Victoria catat penurunan kes COVID-19
Brett bagaimanapun berkata, penularan wabak itu mungkin akan bertambah buruk tidak dibendung.

Inkues Adib: Tiada siapa bangkitkan isu Syazlin sebelum ini - Zuraida
Tiada pihak yang mempertikaikan pelantikan peguam Syazlin Mansor sebelum ini dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Masuk campur kes Adib: Pembangkang desak AG letak jawatan
Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya turut mendesak supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Tommy.

Ismail Sabri desak AG letak jawatan
Naib Presiden UMNO itu berkata, banyak pihak terkejut apabila Tommy mengumumkan kos guaman kes kapal mewah Equanimity berjumlah RM2 juta daripada keseluruhan kos berjumlah RM15.5 juta.