KUALA LUMPUR: Menjadi resam manusia, keluar dari kampung merantau ke tempat orang untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
Namun apa yang menjadi kebimbangan adalah penghijrahan itu menyebabkan tiada siapa lagi yang tinggal untuk meneruskan kesinambungan kewujudan sesebuah masyarakat, akhirnya penempatannya terbiar sepi menjadi kampung atau bandar mati.
Tidak Tuhan jadikan sesuatu itu sia-sia, di mana saja tempat di muka bumi ini ada sumbernya. Seperti pekan-pekan lain di Melaka, Kelemak juga mungkin ada permata yang belum tergali namun tetap ada lubuk rezekinya.
Amnah Eret melihat perusahaan kuih keria telah menjadikan salah satu produk Melaka yang dikenali serata negara, namun sukar untuknya membuka jenama baharu di bawah bayang-bayang besar Kuih Keria Antarabangsa di tempatnya di Klebang.
Maka dia berhijrah ke Kelemak, melihat pekan ini tiada lagi orang yang mengusahakan kuih keria sebagai peluang untuknya bertapak lalu berdirilah Keria Kak Long sejak tiga tahun yang lalu.
Pada peringkat awal, penghasilannya yang terjual hanya sekitar 400 biji sehari. Hari ini, kuih kerianya sudah sampai ke Negeri Sembilan, Kuala Lumpur malah hingga Kedah dengan purata produktiviti sehingga 3,000 biji sehari.
“Sekarang ni sudah ada yang ‘frozen’, mula sejak PKP 2.0 tempoh hari bila pada satu hari itu tiba-tiba dapat pesanan untuk dihantar ke Kedah.
“Alhamdulillah, tapi kalau boleh nak jalan jauh lagi sikit tapi kedai kami kecil, nak letak mesin uli pun tiada tempat dan pendawaian kedai tak mampu tampung keperluan elektriknya,” kata Amnah.
Dengan kakitangan yang suntuk untuk melayan permintaan pelanggan yang semakin bertambah saban hari, memang hajatnya untuk berpindah ke lot kedai yang lebih besar bagi meningkatkan produktivitinya.
Maka sedang diusahakan permohonan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan yang berkenaan untuk mengembangkan dan mengukuhkan lagi jenama Keria Kak Long, dengan bantuan saudaranya, Yasser Amir.
Yasser pernah bekerja di Kuala Lumpur, namun ketika ramai rakan sepermainannya terus membina kehidupan baharu di luar Kelemak, dia pulang ke kampung halaman untuk membantu mengusahakan perniagaan kuih keria ini yang katanya lebih lumayan dan berbaloi daripada membanting tulang di ibu kota yang serba mahal segalanya.
Dia percaya, perniagaan kuih keria ini, juga banyak lagi perusahaan lain boleh hidup dan berkembang di Kelemak. Cuma seperti anak yang baru lahir dan mahu mula berjalan, ia memerlukan sokongan dan dorongan.
“Nak kata terkilan tu tidaklah, saya lebih selesa di sini.
“Untuk saya kalau untuk pastikan org muda duduk kekal di sini, kerajaan patut hasilkan industri untuk pendapatan pemuda-pemudi menghasilkan pendapatan sendiri atau masuk bekerja, peluang pekerjaan perlu ditingkatkan.
“Kalau peluang pekerjaan di Kelemak, Alor Gajah ini dah banyak, saya tak rasa orang muda akan keluar dari sini, mereka lagi suka tinggal dalam kampung mereka daripada berhijrah ke luar,” ujar Yasser.
Cuma pesannya pada masa sama, anak muda juga perlu memperkasakan minat yang ada dengan ilmu, dalam hal ehwal pembuatan dan pengurusannya jika minatnya dalam bidang keusahawanan supaya segala peluang yang ada dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Dia pun sendiri kini sedang mempelajari dan meneroka dunia atas talian yang menjadi pentas masa kini dan hadapan untuk menempatkan jenama masing-masing hingga ke pasaran dunia, jika kena langkah dan caranya.
Kalau perniagaan kecil Keria Kak Long pun boleh mendapat permintaan hingga 5,000 hingga 6,000 biji sehari, tak mustahil perusahaan lain pun boleh naik sama tinggi, atau mungkin lebih lagi.
Israr Khalid
Mon Nov 15 2021
Keria Kak Long dari Kelemak sudah sampai ke Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Kedah, walau hanya diusahakan di sebuah premis kecil.
Hassan Karim sedia digantung, dipecat keahlian PKR kerana kritik kerajaan
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim tidak akan merayu terhadap keputusan yang akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin PKR pada Ahad.
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.