Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada Selasa 1 Oktober bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.165 Tanjung Piai, Johor.
Menerusi satu kenyataan, Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata mesyuarat tersebut akan diadakan pada jam 10 pagi di ibu pejabat SPR dan akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun.
“Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan Datuk Azhar Azizan Harun yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.
“Satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mohamed Elias berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi mengenai kekosongan luar jangka kerusi parlimen tersebut susulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada 21 September lalu.
Allahyarham yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pontian.
BACA: PH perlu pertahankan kerusi Tanjung Piai - Loke
BACA: PRK Tanjung Piai: UMNO bincang dulu dengan rakan komponen
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Allahyarham yang bertanding atas tiket PKR menang dengan undi 21,255 selepas mengalahkan calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Isabelle Leong
Mon Sep 23 2019

Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan Datuk Azhar Azizan Harun yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRK. - Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jeck Seng angkat sumpah Ahli Parlimen Tanjung Piai
Jeck Seng pernah menjadi ahli Parlimen Tanjung Piai bermula 2008 sebelum tewas kepada Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan 524 undi.

Bantuan di Tanjung Piai bukan gula-gula PRK - MB Johor
Bantuan seperti kemudahan infrastruktur, pendidikan dan kebajikan nelayan telah dirancang lama sewaktu penyandang kerusi Parlimen itu, Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik, masih hidup lagi.

PRK Tanjung Piai: Pengumuman calon Bersatu minggu depan - Muhyiddin
Ujar Muhyiddin, PH akan memperkenalkan calon terbaik buat rakyat di Parlimen itu, sekali gus mengekalkan kemenangan di kerusi tersebut.

Dewan Rakyat zahir takziah kepada kerabat Sultan Kelantan, keluarga Md Farid
Persidangan Dewan Rakyat memulakan mesyuarat dengan menzahirkan ucapan takziah di atas kemangkatan Sultan Ismail Petra, ayahanda Sultan Muhammad V pada 28 Sept lalu.

PRK Tanjung Piai: Calon PH dibincang dalam mesyuarat Majlis Presiden - Guan Eng
Calon Pakatan Harapan yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH, kata Lim Guan Eng.

PRK Tanjung Piai: Jangan letak calon bidan terjun
Beliau berkata, mana-mana parti bertanding perlu membuat persediaan dengan menampilkan calon yang sama berkaliber dengan penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik atau mungkin lebih lagi.

PRK Tanjung Piai: SPR mesyuarat 1 Oktober bincang tarikh penting
Menerusi satu kenyataan, Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata mesyuarat tersebut akan diadakan pada jam 10 pagi di ibu pejabat SPR.

Dewan Rakyat maklum kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada SPR
Selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, suruhanjaya itu hendaklah mengisi kekosongan luar jangka itu dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pemberitahuan diterima.

PH perlu pertahankan kerusi Tanjung Piai - Loke
Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu berkata, semua jentera PH perlulah bekerja keras baik diperingkat pusat mahu pun negeri.

'Itu kehendak Allah' - Ibu Md Farid reda pemergian anak sulung
Md Farid sempat meninggalkan pesan kepada pembantu peribadinya agar menyegerakan semua peruntukan untuk pembiayaan tertentu di kawasannya.