Turut mengiringi Syed Hussien adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Mereka sebelum itu berarak dari Jalan Mahkota di sini sejauh kira-kira satu kilometer jam 8.40 pagi dengan membawa bendera parti kerajaan perpaduan.
Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihanraya N29 Mahkota, Azurawati Wahid mengumumkan pembukaan penyerahan borang penamaan calon bagi DUN Mahkota dibuka pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 10 pagi.
Setakat ini, hanya kelihatan dua parti iaitu BN dan PN mengiringi calon masing-masing.